Tuesday, February 16, 2010

Kekangan Masa...Adakah Anda Pernah Mengalaminya?

Fuh...Akhirnya dapat juga Kid update blog ni. Rasanya sudah mahu sebulan jugak la tak update blog ni. Maaf ye pada rakan-rakan yang menghubungi Kid untuk mengetahui update-update terbaru Kid dalam blog bersahaja ni. Buat pengetahuan korang, Kid memang sibuk terutamanya berkenaan pengurusan di kolej dimana terlampau banyak assignment yang diberikan kepada para pelajar (Oh!!) sehingga Kid sendiri terpaksa melupakan beberapa tugasan untuk perniagaan Kid.

Tidak lupa juga pada 20hb ini Secret Story akan keudara sekali lagi tetapi malangnya bahawa sesi rahsia kali ini hanya boleh disertai oleh kaum Hawa sahaja (Psst..Maaf ye kaum Adam..Haha). Kid sendiri tak tau mengapa ianya dikhaskan pada golongan Hawa ini. Tapi walau apa-apapun, harap kaum Adam doakan kejayaan program Secret Story kali ini. Hehe.

Oh..bagi korang yang ada akaun Facebook tu. Sila add Kid di http://facebook.com/aqifazizan. Sebab kalau nak tunggu Kid update blog, rasanya korang sendiri pun boleh rasa menyirap. Haha. Nak2 kalau blog personal ni. Lagilah tak heran kalau Kid tak update. Heee.

Oklah. Dah pukul 5 pagi waktu Kid tulis entri ni. Badan pun dah naik letih sebab luangkan masa Kid untuk siapkan Pemasaran Video bagi projek perniagaan E-Commerce Kid. Salam kejayaan buat para pembaca yang Kid hormati semua! :)

1 comment:

  1. Nice la blog ni. Kid, awak salah seorang peserta seminar smart blogger,kan?
    Cara bro rohaizad boleh menggunakan blogspot tak? Ke kena guna wordpress self hosted jugak?
    Harap dapat beri pandangan. Terima kasih.

    ReplyDelete