Thursday, December 31, 2009

Cabaran Blogging Tahun 2010? Adakah Anda Sanggup Hadapinya?

Lagi beberapa jam sahaja lagi dan kita sama-sama akan menyambut kedatangan tahun 2010. Apa yang Kid harapkan adalah tahun 2010 ini adalah tahun untuk Kid mencapai segala matlamat yang Kid ingin kecapi dalam hidup ini. Kid juga berharap anda semua sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran, rintangan dan dugaan yang bakal ditempuhi pada tahun hadapan. Sesungguhnya perkara-perkara tersebut dapat mendewasakan kita semua.

Buat pengetahuan para pembaca juga, Kid telah menulis sebuah ebook yang akan diterbitkan pada awal tahun 2010 dan ia dinamakan Cabaran Blogging 2010. Dalam ebook ini Kid akan selitkan beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai blogging pada tahun 2010, iaitu merupakan tahun kegemilangan teknologi di Malaysia. Sepertimana yang anda tahu, kini blogging merupakan salah satu media utama untuk menyampaikan informasi untuk khalayak umum. Tidak lupa juga membuka peluang yang luas untuk pihak pengiklanan meluaskan pengaruh mereka.

Oleh itu, pastikan anda semua muat turun ebook ini terlebih dahulu (Klik sahaja pada link di bawah) sebelum menyambut tahun baru. Kid juga berkemungkinan besar tidak akan online selama beberapa hari kerana ingin bercuti bersama rakan-rakan di kawasan tanah tinggi. (Cuba la teka?) Namun, Kid akan terus berblogging jika ada masa yang terluang.

Salam kejayaan buat para pembaca dan bersama kita menuju ke arah kegemilangan dalam hidup.

P.S: Ebook ini tidak sesuai bagi mereka yang rasakan blogging itu adalah sebuah medium yang mampu menghasilkan duit dengan pantas. Minta maaf.




Facebook Menjahanamkan Kehidupan Anda?

Hari ni Kid bangun dengan senyuman yang agak manis kerana keadaan semakin beransur pulih. Kalau para pembaca semua nak tahu, semalam Kid mengalami selsema yang agak kritikal. Tak habis-habis soksek je, sampai naik merah hidung ni cam hidung McDonald. Hehe. Namun atas berkat dan kekuasan-Nya, Kid mengambil keputusan untuk makan dua biji pil ubat yang dinamakan Clarinase. Sekali tengok ubat ni macam mentos pun ade. Tu yang tak kesah je nak telan. Hehe. Sebab Kid ni kalau bab ubat ni memang agak choosy sikit. Nak-nak kalau dibaginya pil. Ye la, makan pil ni pun bukanlah elok sangat sebenarnya kan?

Dalam entri kali ini Kid ingin berbincang sedikit dengan anda mengenai laman social networking yang paling famous di dunia iaitu tak lain tak bukan Facebook. Buat pengetahuan anda, dulu Kid adalah pengguna tegar MySpace. Namun atas beberapa kesilapan yang telah MySpace lakukan dimana semakin hari semakin semak je Kid tengok MySpace ni (Tak tau pesal..Tapi rasa semak gak..Hehe).



Selepas Kid beralih arah ke Facebook, rasanya tahap ketagihan berFacebooking ni makin menjadi-jadi. Kid rasa para pembaca yang menjalankan perniagaan internet pun akan mengalami perkara yang sama iaitu banyak membuang masa di Facebook. Sehari tu kalau Kid tak bukak Facebook, memang tak sah walaupun Kid ni bukanlah golongan-golongan artis yang perlu melayan peminat mereka. Kid pun tak tau apa yang special sangat kat Facebook ni sampai produktiviti Kid menurun semenjak dua menjak ni dimana ia adalah kurang menyeronokkan kerana bila produktiviti menurun, income pun ikut turun sama. Yela, Kid ni bukannya bekerja dengan orang. Kena berusaha sendiri kalau nak cari duit. Tapi kalau ada yang diantara pembaca ni nak hulurkan sedikit bantuan kewangan pun apa salahnya (Ecece...Gurau je).

Kid mungkin akan berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan Facebook menjahanamkan anda bila ada masa yang terluang. Apa yang paling penting sekarang ialah Kid nak tahu apa masalah yang anda alami (bagi yang dah ada akaun Facebook) ketika menghabiskan masa-masa "emas" anda di laman social networking ni? Mana tau kita ni ada sedikit sebanyak persamaan ke? Hehe

Wednesday, December 30, 2009

Perhatian kepada spammers yang dihormati - En Kamaruddin

Apakah perasaan korang semua bila dapat mesej-mesej yang tidak diperlukan a.k.a SPAM berduyun-duyun dalam ruangan inbox korang? Sure menyirapkan? Begitu juga dengan Kid. Tepat pada pukul 4 petang tadi Kid nak bukak Yahoo Mail untuk check-check mana tau ada payment masuk ke. Suddenly dapat berpuluh-puluh mesej seperti gambar berikut:




Punyalah sadis perasaan ini bila seseorang yang dikenali sebagai En. Kamaruddin ini menggunakan ayat yang mampu merosakkan budaya 1 Malaysia. Perhatian pada tuan Kamaruddin yang dihormati, sila hentikan kerja yang tak berfaedah ini. Tuan bukan sahaja menyakitkan hati Kid, malah tuan telah mencalarkan nama "Kamaruddin" itu sendiri. Lain kali, laburlah wang sikit untuk beli sistem autoresponder macam Aweber atau Getresponse dan buatlah landing page agar tuan sendiri dapat kumpul subscriber. Ini tidak, boleh dibantainya spamming. Banyak kali pulak tu.

Semoga para pembaca semua dapat mengambil pelajaran melalui entri ini. Kid bukan sengaja nak buruk-burukkan nama tuan Kamaruddin ni. Tapi bila makin dibiarkan, makin menjadi-jadi. Bayangkan kalau korang semua dapat mesej menimbun-nimbun macam ni setiap hari, siapa yang tak menyirap kan? Dah tu guna ayat yang kurang menyelesakan Kid. Kalau nak minta sumbangan pun biarlah beretika. Betul tak para pembaca sekalian? 

Betapa pentingnya penggunaan bahasa di blog anda

Cuaca yang memang panas terik hari ini telah membuatkan Kid rasa agak tertekan untuk pergi ke kolej membayar yuran pengajian. Mana tidaknya, kalau Kid naik kereta ok lagi kot (Tapi tengok muka manusia dalam kete pun tension..Hehe). Sekurang-kurangnya diorang dapat merasa aircond dan dengar radio dalam kereta bagi menghilangkan rasa tension tu.



Perjalanan dari rumah Kid ke Kota Damansara mengambil masa selama 45 minit jika Kid menggunakan motor Wave 100R kesayangan Kid. Buat pengetahuan para pembaca, Kid bukanlah mat rempit sejati, lebih-lebih lagi baru je lepas elok dari eksiden motor beberapa bulan lepas. Sekarang kalau korang nampak Kid bawak motor pun macam nak taknak je bawak. Hehe. Fobia punya pasal.

Berbalik pada tajuk entri kali ini, Kid ingin berkongsi sedikit kenapa Kid selalu menekankan penggunaan bahasa di blog anda tidak kira anda menggunakan blog dot com sendiri atau blog percuma macam blog Kid ni. Bagi anda yang membaca entri ini, Kid nak bagi sedikit peringatan agar anda tidak salah faham dengan maklumat yang ingin Kid sampaikan. Mungkin ada diantara maklumat tersebut bercanggah dengan pendapat anda, tapi sebenarnya Kid tak berapa kisah pun sebab semua orang berhak menyuarakan pendapat mereka.

Penggunaan bahasa di blog merupakan satu perkara yang subjektif untuk dibincangkan kerana ia lebih menjurus pada keselesaan pemilik blog untuk berinteraksi dengan pembacanya. Sebagai contoh, Kid lebih selesa menggunakan ayat "Saya", "Anda" serta "Kid" sendiri kerana penggunaan bahasa tersebut amat sesuai untuk berkomunikasi dengan pelbagai golongan umur.

Ia juga bergantung pada jenis dan tujuan blog anda diwujudkan. Mungkin ada segelintir yang mewujudkan blog untuk melepaskan tension setelah penat bekerja, bersekolah dan macam-macam lagi. Bagi Kid, blog seperti ini tidak perlu menekankan penggunaan bahasa sangat kerana ia sememangnya bukan untuk tatapan umum.



Nak dimudahkan cerita, bagi anda yang mahu mula berblogging, fikirkan sedalam-dalamnya bagaimana anda ingin berkomunikasi dengan para pembaca. Kid sarankan agar anda memiliki nama pena sendiri agar ia mudah diingati oleh para pembaca anda. Lihat sahaja blog bloggers tegar Malaysia seperti Rohaizad.com, JustKhai dan RedMummy. Masing-masing menggunakan nama mereka yang tersendiri bagi mewujudkan "brand" dan "identiti" mereka.

Semoga entri ini menjadi sebuah maklumat yang bermakna buat anda. Saranan Kid ialah, jika anda baru sahaja hendak mula berblogging. Buat dahulu personal blog menggunakan blogspot.com dan sebagainya. Ia bertujuan untuk membiasakan diri anda apabila menggunakan domain dot com sendiri kelak.

Kemenangan Liverpool dan Sesi Teh Tarik



Sebenarnya, Kid baru sahaja balik dari menonton EPL di sebuah restoran Bistro yang tidaklah begitu mewah sambil pekena teh tarik bersama rakan-rakan. Walaupun Kid penyokong tegar "Manchester United", namun atas dasar simpati terhadap rakan-rakan Kid yang menyokong Liverpool, Kid kuatkan semangat untuk menonton bersama mereka. (Jangan marah ye geng. Hehehe).

Nampaknya masa Kid yang dilaburkan untuk menonton bola ini tidak disia-siakan kerana perlawanan antara pasukan Liverpool dan Aston Villa memang best dimana dua kelab ini bersaing dengan sengit sehingga tamat wisel perlawanan. Saat yang paling menggembirakan bagi penyokong Liverpool dan menghampakan penyokong Aston Villa Malaysia (Eh...ada ke penyokong Aston Villa kat Malaysia? Hehe..) adalah waktu minit-minit akhir Fernando Torres berjaya menembusi gawang gol dengan menewaskan penjaga gol Aston Villa iaitu tak lain tak bukan, Bren Friedel (Kalau salah eja minta maaf ye..Saya bukan penyokong AV).



Walaubagaimanapun, Kid rasa match kali ini antara yang terbaik yang pernah dipamerkan oleh Liverpool lebih-lebih lagi musim kini mereka agak hampeh tidak kira dalam EPL mahupun Liga Juara-juara. Kid pun tak sangka diorang boleh menang sebab Aston Villa ni pun bukan calang-calang kelab season ni. Apa-apapun, Kid langsung tak "anti" mana-mana kelab. Dimana sahaja ada perlawanan EPL, Insyaallah disitu korang akan nampak Kid berada. Kalau takde tu faham-faham la ye..Tengah sibuk mencari rezeki la kot. Hehe.

Oh ya, sekejap lagi Kid akan menghantar mesej pada individu yang menjadi orang tengah antara Kid dan klien website tu. Sepertimana yang korang tahu, Kid dah tak larat nak buat kerja design buat masa ni. Bak kata orang tua, "Habis tenaga zahir dan batin sudah ku kerah sepenuhnya". Harap-harap diorang boleh pertimbangkan.

Bagi yang dah bangun tu, jangan lupa solat fardhu subuh. Baru dimurahkan rezeki hari ini. Siapa yang tak bangun tu, faham-faham sendiri la ye. Kid bukan Ustaz, jadi tak boleh nak berceloteh panjang-panjang pasal agama ni. Jadi, mari kita sama-sama mengerjakan solat subuh pada hari ini. Adios!

Fasa Pertama Laman Web Telah Siap

Fuh...setelah beberapa jam Kid bertungkus lumus memerah otak untuk generate idea design untuk laman web klien, akhirnya dapat juga. Sakit otak ni dibuatnya. Mana tidaknya, kalau lagi seminggu dua kena submit ok lagi. Bolehlah Kid berFacebook dan update beberapa blog yang terbengkalai. Ini tidak, Kid kena siapkan dalam tempoh masa 24 jam.

Kalau mengikut pandangan, tenaga dan usaha yang Kid ada sekarang, rasanya memang takkan dapat Kid siapkan website tu sepenuhnya. Mana tidaknya, Kid pun sama macam anda. Ada juga urusan-urusan lain yang perlu diselesaikan setiap hari. Nampaknya Kid terpaksa hubungi salah seorang individu untuk minta tempoh deadline dilanjutkan supaya Kid boleh menghasilkan kualiti yang lebih baik untuk klien.

Walaubagaimanapun, Kid telah membuat keputusan untuk memilih design layout yang direka sebentar tadi. Harap-harap klien tu suka bagai nak rak la bila tengok design web diorang ni nanti. Mana tau leh dapat "extra money" ke? Hehehe. Kalau korang nak tau, Kid ni dulu memang pentingkan duit je tanpa berikan sebarang kualiti pada klien-klien Kid. Namun setelah dimaki teruk dan syarikat yang Kid bina menjadi hampeh, Kid kini lebih mengutamakan hasil terlebih dahulu sebelum meminta wang pengerasnya. Dengan kata lain, "Customer Satisfaction First, Money Comes Later".

Bagi Kid, perkara-perkara yang terjadi pada diri Kid ini adalah perkara semulajadi yang berlaku pada setiap manusia. Kita semua pernah melakukan kesilapan betul tak? Kalau tidak, macammana kita nak terus maju ke depan kalau kita takut dikritik dan dicemuh?

Sebelum Kid berhenti menulis buat seketika, disini Kid ingin paparkan imej web design yang Kid buat tadi. Kalau korang nak kritik dan beri pandangan, silakan. Tapi janganlah sampai tahap menghina ye. Kid masih lagi baru belajar dalam bidang ni. Harap anda semua dapat beri tunjuk ajar.


Imej fasa pertama untuk website klien. Doa-doalah agar ia diterima. Amin...

Nasi lemak dan sirap suam di pagi hari



Kid pasti bagi mereka yang terjaga pada waktu ni akan rasa lapar yang teramat. Maklumlah, bila fokus diletakkan sepenuhnya, perut tu pun nak rehat juga. Begitu juga dengan perut Kid ni. Hehe. Buat pengetahuan anda semua, Kid baru sahaja melahap nasi lemak dan menghirup air sirap suam sebentar tadi. Nak kata lapar sangat, takdelah. Cuma perut ni macam takleh tahan je tengok nasi lemak yang dihidangkan kat atas meja dapur tadi.

Kid juga masih belum memulakan kerja untuk design website yang Kid nyatakan dalam post sebelum ini sebab ingin menyelesaikan beberapa urusan blog yang tertangguh sebentar tadi (Duit juga tau..Hehe). Sebenarnya, mata ini agak letih tetapi terpaksa bertahan untuk mencari rezeki sebelum berakhirnya 2009. Dengan kata lain, kalau job ini siap sebelum 1 Januari 2009, maka Kid boleh gunakan duit tersebut untuk membeli buku-buku yang dah lama Kid idamkan. Ingin tahu buku apa? Mungkin Kid akan terangkan di post yang lain. Apa yang pastinya ialah buku-buku tersebut berbentuk ilmiah, bukannya buku yang hanya membazirkan masa, wang dan tenaga Kid. Hehe.

Oklah, rasanya Kid dah puas berceloteh dalam blog ni. Mari kita teruskan perjuangan dalam mencapai matlamat bersama. Kalau korang rasa bosan, maka blog ini sesuai dijadikan tatapan bagi menghilangkan rasa bosan korang tu. Serius!

Sehari sebelum menyambut tahun baru 2010

Nampaknya lagi satu hari je lagi sebelum Kid dan para pembaca semua menyambut tahun 2010. Alhamdulillah, antara misi Kid iaitu untuk mempunyai personal blog telah tercapai dengan bangganya. Hehe. Bagi anda yang telah lama mengenali Kid melalui AqifStrategi.com, dalam laman blog ini Kid tidak akan menyentuh langsung bahagian-bahagian pemasaran internet dan sewaktu dengannya. Maaf la ye. Sebab dah nama pun personal blog, takkan nak lari tajuk pulak kan?

Walaubagaimanapun, pagi ini merupakan hari yang amat menyedihkan bagi Kid kerana kehilangan seorang lagi saudara. Kid baru sahaja balik dari Keramat. Sampai je rumah, dapat satu email job website design. Best kan? Kalau cakap pasal duit, siapa yang tak suka kan? Tapi ada sedikit "slack" sebab dateline yang diorang kasi ialah 1 January 2009!


Gila ke? Memang gila punya. Nasib baik domain dan hosting sempat Kid beli 2 hari lepas daripada Rawanaz Studioz. Kid pun tak tahu kenapa Kid masih lagi memilih Rawanaz meskipun ramai yang mengutuk diorang ni. Mungkin sebab Kid dah sebati dengan perangai diorang kot? Haha.

Berbalik pada kerja Kid, nampaknya terpaksalah Kid bertungkus lumus pagi-pagi buta ni untuk menyiapkan website tersebut. Tension pun ada ni..Tapi nak buat camne kan, rezeki tu. Bagi mereka yang bakal menemani Kid pada waktu pagi ni. Jangan lupa untuk memberikan sepenuh fokus pada tugas yang perlu anda selesaikan. :)

Penampilan Pertama..

Salam perkenalan buat para pembaca blog yang dihormati. Bagi mereka yang sudah mengenali Kid, blog ini diwujudkan sebagai personal blog Kid sendiri untuk berkongsi apa sahaja yang Kid ingin kongsikan.


Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana nama Kid ini boleh wujud, maafkan Kid kerana Kid sendiri tidak mempunyai jawapan tersebut. Buat pengetahuan anda, nama Kid ini telah dipanggil oleh rakan-rakan sejak sekolah menengah lagi. Justeru itu, Kid mengambil keputusan untuk menjadikan nama ini sebagai bahasa perantaraan bersama para pembaca blog ini.
Blog ini juga akan Kid jadikan sebagai medium untuk Kid mempromosikan produk air freshener Kid sendiri. Untuk maklumat lanjut, Kid harap para pembaca dapat subscribe blog ini dan Kid akan sentiasa berikan penyampaian yang terbaik untuk anda.
Jangan lupa untuk terus bersama menemani Kid dalam isu-isu yang seterusnya. :)