Tuesday, February 16, 2010

Kekangan Masa...Adakah Anda Pernah Mengalaminya?

Fuh...Akhirnya dapat juga Kid update blog ni. Rasanya sudah mahu sebulan jugak la tak update blog ni. Maaf ye pada rakan-rakan yang menghubungi Kid untuk mengetahui update-update terbaru Kid dalam blog bersahaja ni. Buat pengetahuan korang, Kid memang sibuk terutamanya berkenaan pengurusan di kolej dimana terlampau banyak assignment yang diberikan kepada para pelajar (Oh!!) sehingga Kid sendiri terpaksa melupakan beberapa tugasan untuk perniagaan Kid.

Tidak lupa juga pada 20hb ini Secret Story akan keudara sekali lagi tetapi malangnya bahawa sesi rahsia kali ini hanya boleh disertai oleh kaum Hawa sahaja (Psst..Maaf ye kaum Adam..Haha). Kid sendiri tak tau mengapa ianya dikhaskan pada golongan Hawa ini. Tapi walau apa-apapun, harap kaum Adam doakan kejayaan program Secret Story kali ini. Hehe.

Oh..bagi korang yang ada akaun Facebook tu. Sila add Kid di http://facebook.com/aqifazizan. Sebab kalau nak tunggu Kid update blog, rasanya korang sendiri pun boleh rasa menyirap. Haha. Nak2 kalau blog personal ni. Lagilah tak heran kalau Kid tak update. Heee.

Oklah. Dah pukul 5 pagi waktu Kid tulis entri ni. Badan pun dah naik letih sebab luangkan masa Kid untuk siapkan Pemasaran Video bagi projek perniagaan E-Commerce Kid. Salam kejayaan buat para pembaca yang Kid hormati semua! :)

Monday, February 1, 2010

Apabila mataku dah mengantuk...dan semakin malas

Fuh..akhirnya dapat juga masa untuk update blog ini setelah sekian lama bersarang. Bukannya Kid malas nak update, tetapi disebabkan masa yang agak padat (study + business) pada masa yang sama membuatkan Kid rasa terasing sebentar dari dunia blogging.

Namun, Kid tetap akan cuba update sebab blog inilah tempat Kid melepaskan segala tension dengan cara menulis apa yang Kid tahu dan mahu. Mungkin ada segelintir yang akan terasa pedasnya, maaf Kid ucapkan. Yela..kita bukan dapat nak jaga hati semua orang kan?

Berbalik pada topik entri, hari ini merupakan hari yang terbaik bagi Kid kerana dapat menghimpunkan rakan-rakan untuk memulakan kerjasama perniagaan di mana EasyClickMusic Entertainment bakal menggegarkan dunia hiburan Malaysia sekali lagi. Bagi korang yang masih belum mengenali ECM (nama singkatan), kitorang dah pernah masuk radio selama beberapa kali. Tapi disebabkan beberapa masalah serius yang dihadapi, maka ECM terpaksa dibubarkan ahli-ahlinya.

Tetapi, prinsip Kid bukanlah untuk mengalah begitu sahaja. Hari ini Kid telah berjaya menghimpunkan 6 orang ahli (termasuk Kid sendiri) untuk berjuang kembali dalam ECM. Walaupun memang agak penat sebab waktu Kid menulis entri ini, sebenarnya Kid baru sahaja sampai rumah. Inipun nak kena luangkan masa lagi untuk siapkan assignment...Oh! Pedihnya!

Buat masa ni perasaan malas telah berjaya menguasai diri Kid dimana Kid sedang seronok melayan lagu-lagu dekat laptop adik Kid. Memang seronok rasanya bila pakai barang orang..Haha!

Okaylah. Rasanya dah boleh stop merepek kat blog ni. Maaf la kalau entri kali ini mungkin tak mendatangkan sebarang faedah buat korang. Sebab Kid rasa nak merepek je kali ni. Hehe. Walaupapepon, korang memang best sebab sanggup luangkan masa untuk membaca setiap entri Kid! Cayalah! :D

Wednesday, January 27, 2010

5 Rahsia Mencipta Jenama Perniagaan Anda

Pertama sekali Kid ingin minta maaf kepada para pembaca kerana sudah lama tidak update blog ini. Buat pengetahuan korang semua, sejak kebelakangan ni Kid memang sibuk dengan assignment dan juga beberapa projek perniagaan. Bukannya Kid taknak update blog. Tapi Kid ni memang jenis pentingkan kualiti. Takkan la nak update suka-suka je kan? Mestilah kena salurkan sesuatu yang bermanfaat kepada korang. Baru leh dapat pembaca setia untuk blog ni. Kan? Kan? Kan?

Okay. Bagi para pembaca yang dihormati yang mempunyai masalah untuk menjenamakan perniagaan korang. Disini Kid ingin berkongsi 5 tips yang berkemungkinan besar dapat membina jenama perniagaan korang daripada zero kepada "WELL KNOWN". Insyaallah ia akan berkesan jika disertakan dengan tindakan dan istiqamah.

1. Pastikan jenama korang mudah disebut dan diingati.
Jangan sesekali bersangka bahawa, "Alah..Nama apa-apapun boleh. Janji best bagi aku" sebab penyesuaian nama adalah sesuatu yang kritikal untuk membina jenama. Oleh itu pastikan nama perniagaan korang mudah disebut dan diingati. Contoh yang boleh Kid sertakan adalah seperti Colgate, Darlie, Pepsi dan Coca-cola. Kid pasti korang semua tahu jenama-jenama yang Kid sebutkan sebentar tadi. Kaji semula mengapa jenama-jenama berikut begitu mudah melekat dalam otak korang.

2. Mempunyai logo perniagaan yang simple + menarik + the bom!
Logo adalah simbol bagi menjenamakan perniagaan anda. Berkenaan perkara ini, Kid amat sarankan agar korang memiliki logo yang cantik dan menarik. Jangan terpengaruh dengan logo-logo yang berserabut dimana ia akan menyukarkan orang lain untuk mengingati logo perniagaan korang.

3. Jenama korang mestilah berlandaskan perniagaan
Ha...jangan main tabur je nama perniagaan korang. Contohnya korang pilih "Ali Cafe" tapi buat bisnes basikal. Oh! Sungguh tak kena. Betul tak?

4. Promosi perniagaan korang di tempat yang betul
Untuk mempromosikan di tempat yang betul, korang mesti lakukan sedikit kajian pasaran supaya korang dapat sasaran pelanggan yang spesifik. Ini bertujuan mengelakkan segala usaha promosi korang sia-sia dan akhirnya tiada jualan yang terhasil. Dimana ini bermaksud..anda KERUGIAN!

5. Konsistensi!
Membina jenama dalam perniagaan bukanlah pejam celik, pejam celik..Puff! Terus jadi! Hoho..kalau korang berfikiran sebegini maka bersiap-sedialah untuk mengalami kegagalan dalam pembinaan jenama. Untuk membina jenama yang kukuh lagi hebat, konsistensi memainkan peranan penting dimana korang harus sentiasa mempromosikan perniagaan, memberikan perkhidmatan yang terbaik dan banyak lagi.

Ini semua bertujuan untuk menghasilkan sebuah lagi pemasaran pasif yang diberi nama "WORD OF MOUTH MARKETING". Nak tahu apa maksudnya? Gunalah Google ye. :)

So..Kid harap perkongsian Kid hari ini dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat pada korang yang betul-betul serius ingin membina perniagaan. Jadi, apa yang Kid nak daripada korang semua ialah bertindak segera. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama perniagaan korang juga yang akan lebur. Nanti korang juga yang tak dapat belanja Kid teh tarik. Ahaks!

Friday, January 22, 2010

Menanti hari esok dengan penuh debaran..

Nampaknya dah lama Kid tak update blog ni. Maaf ye kawan-kawan. Ini disebabkan sejak kebelakangan ni Kid agak sibuk menguruskan beberapa projek yang mesti diselesaikan dalam minggu ini. Termasuklah pembentangan perniagaan (Business Proposal) dan program Secret Story yang akan berlangsung pada esok hari.

Disebabkan masa Kid yang agak terhad (Biasalah..Pelajar kan?), Kid hanya dapat menggunakan waktu malam untuk menyiapkan projek-projek Kid. Jadi siapa yang tertanya-tanya kenapa Kid jarang online Facebook sekarang (Jarang ke? Haha!), Kid sebenarnya agak sibuk untuk melangkah ke arah kejayaan..Insyaallah.

Dengan berkat dan kurnia-Nya. Kid kini akan lebih fokus untuk menjadi E-Commerce Consultant (Jururunding E-Commerce) pada tahun ini. Ini berikutan pengalaman Kid menjalankan pelbagai perniagaan dimana Kid rasakan perniagaan E-Commerce adalah yang terbaik. Jadi, Kid mungkin akan menutup beberapa perniagaan-perniagaan lain atau menjualkan kepada orang yang lebih berkelayakan.

Bagi para pembaca yang hadir ke program Secret Story. Jangan lupa bawa kamera korang untuk bergambar dengan Kid ye. (Haha!). Gurau je. Buat pengetahuan korang, ramai yang akan menghadiri program ini dimana golongan professional juga terlibat sama. Nak tahu siapa dia, mai datang Secret Story esok ye. :)

Sebelum Kid berhenti menulis. Ingin Kid pesan pada tim Secret Story supaya mendapatkan rehat yang secukupnya kerana esok akan berlangsungnya event yang kita usahakan selama ini. Insyaallah ia akan dipermudahkan oleh-Nya...Amin..

Tuesday, January 19, 2010

Tanggungjawab sebagai seorang pelajar

>2 hari ini merupakan hari yang agak meletihkan buat Kid kerana waktu pembelajaran sebenar sudah bermula di kolej. Secara jujurnya Kid memang tak rasa bosan belajar di SEGi University College Damansara sebab kawan-kawan Kid dan seorang lecturer yang "sempoi" ada kat sana. (Oh pensyarah..lepas ni bagi Kid DISTINCTION untuk subjek-subjek Kid kayh? Haha).

Sebagai seorang pelajar..Kid akui memang agak sukar untuk bahagikan masa belajar dan bekerja. Yela..kadang-kadang korang pasti akan rasa tak cukup masa sedangkan Allah S.W.T dah kasi 24 jam untuk korang hidup dalam dunia ni. Sebenarnya terpulang untuk diri anda sendiri bagaimana untuk memberi keselesaan kepada diri. Macam Kid sendiri, waktu malam memang Kid akan duduk rumah untuk bekerja. Melainkan Kid memang betul-betul tak free, Kid akan pegi ke GSC One Utama untuk melepaskan tension.


Adakah para pembaca blog ini masih melanjutkan pelajaran?
Sambil Kid menaip untuk entri ni. Hati Kid tertanya-tanya adakah para pembaca blog ini masih lagi menyambung pelajaran atau sudah bekerja. Sukacita Kid maklumkan memang Kid nak tau sangat sebab apa korang sambung belajar. Yela..ada sesetengah orang sambung belajar pasal memang dia yang nak. Ada yang pasal mak bapak paksa. (Oh..tak bestnya! Haha).

Kid akan mengharungi kelas terakhir untuk minggu ni pada esok hari kerana Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad jadual pembelajaran Kid memang takde. (Best oh! Tapi pada masa yang sama bosan jugak). Aik...nape Kid cakap bosan? Adakah disebabkan awek-awek yang berada di SEGi? Hohoho! Tidak sama sekali. Buat pengetahuan korang, di kolej juga tempat Kid menjadi orang yang agak "gila-gila" bersama rakan-rakan kelas Kid. Jadi bila waktu takde klas tu, camne nak jadi gila-gila? Jadi orang gila boleh la. Haha!

Okaylah, malam ni Kid nak kena beli-beli barang preparation untuk subjek esok. Asyik terlupa je..Lama-lama memang tak beli la jawapnye. Plus hari ni juga dapat cek daripada company Kid yang bernilai ratusan ringgit (Alhamdulillah..Ha..Apelagi? Bagi no korang, meh Kid belanja makan. Haha!).

Monday, January 18, 2010

Idea gila untuk orang gila sahaja? Fikirkan kembali..

Hari ini merupakan hari yang agak "gila" bagi Kid kerana Kid masih lagi tidak dapat melelapkan mata kerana begitu teruja dengan miting Secret Story di Learning Station. Perkongsian oleh Tuan Shamsuddin Kadir dan para  ahli jawatankuasa Secret Story benar-benar membuka minda Kid dari pelbagai aspek. Kid sendiri tidak sangka bahawa idea-idea yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir begitu "gila" sehinggakan Kid rasa agak geram kerana mengapa unsur-unsur ini tidak ditunjukkan pada Kid masa muda-muda dulu. (Ecehh!!)



Kid sebagai salah seorang "orang kuat" untuk program Secret Story ini amat berterima kasih kepada Cik Puan Becky dan Waida kerana memberi kepercayaan kepada Kid untuk bersama-sama menjayakan program ini. Insyaallah kami sedang merancang untuk melanjutkan program ini di peringkat aras laut (oversea..haha!).

Dari sini Kid dapat lihat dan alami sendiri bahawa "duit bukanlah segala-galanya" kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk kepuasan diri kami sendiri sambil menerapkan unsur-unsur yang bermanfaat pada orang lain. Kid mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana wujudnya program seperti ini yang berpandukan objektif mendidik anak bangsa berdasarkan gabungan AWARENESS + SKILL.




Jadi? Jangan lupa untuk hadirkan diri di Secret Story pada hari Sabtu ini. Sebarang pertanyaan sila isikan ruangan komen dibawah dan Insyaallah Kid akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan dengan segera.

P.S: Kid baru sahaja dapat berita yang menyayat hati dimana bapa rakan Kid (Zubair bin Asrin) baru sahaja meninggal dunia. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah..

Sunday, January 17, 2010

Perkembangan kami sebagai pembaca buku tegar!

Semalam merupakan antara hari yang terbaik bagi Kid kerana dapat berkumpul bersama-sama para pembaca buku yang lain untuk memeriahkan lagi program BACA@LRT. Melalui program ini, kami semua dapat berjumpa (Yela..sebelum ni kenal kat Facebook je. Tak best la kan..nak jugak jumpa. Kan?) Bagi korang yang tidak sempat Kid tegur, Kid minta maaf banyak-banyak. Lagipun, Kid bukan kenal semua orang sebab Kid yakin masih ramai yang berselindung di sebalik wajah mereka yang cun / hensem di Facebook. Kan?

Walaubagaimanapun, Kid rasa kita semua berjaya mencapai objektif utama program ini iaitu mewujudkan  budaya pembaca dalam kalangan rakyat dalam LRT. Sebenarnya, Kid agak terkejut sebab ramai yang menghadirkan diri untuk menyertai perniagaan ini. Bangga jugak sebab kebanyakkan bangsa Melayu dan apa yang Kid nak bagitahu ialah korang semua sempoi dan sporting-sporting belaka. Paling takleh blah bila part bergambar dalam LRT. Semua muka tersenyum riang. Hehe.

Kid pun rasa lepas ni Kid akan banyak meluangkan masa untuk membaca buku dalam LRT. Ternyata banyak manfaat yang Kid peroleh daripada program ini terutamanya Kid tak perlu memandang awek-awek yang berada dalam LRT untuk menunggu sehingga sampai ke destinasi (Haha!).

Oh, esok Kid dijemput untuk menghadiri miting bersama pasukan Secret Story di Setia Wangsa. Tapi Kid masih lagi tak berani nak confirm sebab Kid perlu siapkan proposal perniagaan sebelum hari Isnin. So kalau korang nak tahu, Kid sekarang sedang berada di KFC untuk buat proposal ni dengan rakan Kid. Doa-doakanlah kami dapat siapkan benda ni secepat mungkin ye. Nak sangat pergi miting tu...Oh!!

Thursday, January 14, 2010

Dying is just a common feeling..and we love it..trust Kid

Wah..mesti korang terkejut dan ingatkan Kid nak tulis entri ni dalam Bahasa Inggeris kan? Haha..x dapek la sebab Kid masih lagi rasa janggal untuk speaking dalam blog ini memandangkan penyampaian Kid lebih berkesan melalui penulisan bahasa ibunda kita. Setiap tajuk yang Kid letakkan dalam setiap entri mempunyai sebab-sebab yang tertentu, termasuklah entri ini.

Dying, atau lebih sinonim dengan perkataan "merana" dalam Bahasa Melayunya. Ia merupakan satu perasaan manusia apabila menghadapi sebarang masalah dalam situasi yang berbeza. Kid yakin korang mesti pelik dengan ayat Kid, "and we love it.." kan? Dalam entri kali ini Kid akan cuba yang terbaik untuk menjelaskan mengapa Kid berkata demikian. Harap korang semua dapat terima setiap perkongsian Kid ini. Kalau takleh terima, sila luahkan pendapat anda di ruangan komen atau tekan sahaja ikon "X" pada bahagian atas belah kanan windows korang. :)

Mengapa Kid kata kita suka dan menikmati perasaan merana? Mudah saja, alasannya ialah kerana kita sentiasa fokus pada masalah yang dihadapi. Oh, kalau nak bercerita pasal kes-kes Kid yang merana, dah tentu korang xkan larat nak baca punya. Biasalah, masalah lebih senang dicerita daripada solusi. Tak percaya? Kid cabar korang untuk senaraikan masalah yang dihadapi, lepas itu cuba listkan pula masalah yang telah anda selesai dan cuba lihat sendiri perbezaan yang ketara.

Kalau hendak diikutkan, hari ini Kid sendiri merana kerana kena siapkan beberapa kerja dalam jangka masa yang singkat (Last minute man la katakan..Haha). Tapi hakikat yang anda perlu tahu, kita sendiri pilih untuk merana. Aik? Asal Kid cakap camtu pulakkan? Cuba kita fikirkan sejenak dalam situasi Kid. Kid sebenarnya boleh memilih sama ada untuk menyiapkan kerja tersebut dengan segera atau melengah-lengahkannya. Betul atau tidak?

Kesimpulannya,. kita mempunyai hak untuk menentukan dan melaksanakan sesuatu. Bayangkan jika anda sentiasa fikir yang anda sedang merana. Apakah tindakan yang boleh anda lakukan? NOTHING! Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah menerima diri anda yang seadanya pada hari ini dan terus berjuang untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Kid bukanlah pakar motivasi dan sebagainya, tapi Kid tahu setiap pengalaman yang Kid lalui wajar dikongsikan bersama korang semua agar kita sama-sama dapat mempelajari baik buruk dalam setiap perkara yang diceritakan.

Semoga kita sama-sama mengejar kejayaan. Jangan korang lupa, Kid sentiasa ada bersama korang untuk membantu dan menyokong sehingga korang berjaya! Chaiyyok! :)

Secret Story - Satu Definisi Yang Perlu Dipertimbangkan



Sebenarnya tepat pukul 3.30 am (berdasarkan jam Windows XP Kid) tadi, akhirnya Kid telah berjaya menyelesaikan satu tugas untuk reka bentuk flyers bagi sebuah program yang julung-julung kalinya dipersembahkan tahun ini dan bagi Kid ia merupakan sebuah program yang terbaik pada tahun 2010 yang diberi nama Secret Story.

Pengasas bagi program ini akan Kid rahsiakan sehingga ia dilancarkan. Bagi anda yang ternganga (tolong tutup sikit mulut tu ye..Hehe), program ini mempunyai tiga agenda utama yang tersendiri iaitu:
  1. Memberi alternatif ruang santai baru yang ilmiah kepada masyarakat
  2. Menyemai minat membaca
  3. Tempat perkembangan skil - skil baru
Pendapat Kid, program seperti ini wajar diwujudkan lebih-lebih lagi kita kini sedang mengejar era teknologi serba moden dimana ilmu pengetahuan melalui pembacaan merupakan satu perkara yang amat penting untuk dinilai dalam diri setiap individu. Tidak hairan juga program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak atas keprihatinan mereka untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Buat pengetahuan korang semua, Kid juga merupakan salah seorang orang kuat dan berpengaruh dalam program ini (Yang berpengaruh tu jangan caya..Saje je. Hehe). Ini disebabkan budaya membaca ini sudah diterapkan dalam diri Kid sejak azali lagi. Bagi Kid, membaca itu seronok. Lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sesuatu perkara yang kita minat. Kalau korang nak tahu buku apa yang Kid memang tak kisah bayar sehingga RM500 pun, baik korang cadangkan Kid judul-judul buku yang berkaitan dengan perniagaan, motivasi dan agama.

Pada awalnya, Kid sendiri tak tahu bahawa minat Kid menjuruskan ke arah ini terutamanya pembacaan dalam bidang perniagaan. Kid sendiri tidak pernah menyangka bahawa Kid kini boleh digelar sebagai usahawan. Yela..dulu bila suruh berniaga, macam-macam alasan Kid bagi untuk mengelak. Hehe..Inilah yang dikatakan perjalanan hidup ini mempunyai pelbagai spektrum. Dimana apabila anda memilih satu jalan, ia akan membuka kepada 1000 jalan yang lain.

Untuk pengasas program Secret Story, Kid ingin ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kerana menjadikan satu idea menjadi realiti. Kid yakin program ini akan dapat membawa satu inovasi dan nafas baru dalam dunia pembacaan. Sebab tu slogan korang "Santai & Seronok" kan? Hehe..Tau dah. :D

Korang nak tahu lebih lanjut mengenai Secret Story? Nantikan entri-entri yang seterusnya. Oh ya, Kid akan menghadiri program ini. So, jangan lupa datang ye apabila ia dilancarkan. Dapat korang jumpa Kid. (Hahaha! Cam feymes je Kid ni. :P)

Wednesday, January 13, 2010

Betapa jelasnya harapanku untuk berjaya

Entri kali ini mungkin mengingatkan kembali matlamat korang pada tahun 2009 dan awal tahun ini. Bagi yang rasakan bahawa entri ini agak serius, maaf la ye. Sebab Kid main bedal je taruk ikut hati Kid. Janji sedap didengar dan difahami...Serta mengejutkan. (Salah satu kelebihan untuk menarik perhatian pembaca..Yes! Korang baca gak! Haha).

Hari ini merupakan hari yang agak menjengkelkan bagi Kid kerana perasaan stress yang terselindung dalam diri Kid tidak dapat diatasi dengan jayanya. Maaflah rakan-rakan dan sahabat-sahabat ku di kolej yang mengatakan bahawa Kid agak lain hari ini. Mungkin disebabkan kitaran haid yang kian menjelma tidak lama lagi (Wehh!! Jangan caya plak statement tu..Acah je!! :D). Kid pun tak tau macammana nak terangkan kat korang perasaan tu. Tapi apa yang paling penting ialah Kid dah OK seperti sedia kala dan bersedia untuk menghadapi hari esok.

Walaubagaimanapun, bukanlah perkara ini hendak dibincangkan kerana perbincangan mengenai perasaan tidak akan ada pengakhirannya jika kita sentiasa meletakkan fokus pada masalah yang dihadapi, bukannya penyelesaian yang dikehendaki. Semua orang punya harapan sendiri dalam hidup ini betul tak? Begitu juga seorang insan yang bernama Muhammad Aqif bin Azizan atau lebih mesra dikenali sebagai Kid dalam blog ini.

Buat pengetahuan korang, bagi menjawab soalan-soalan yang sering diajukan seperti dua entri sebelum ini adalah berkaitan dengan harapan dalam hidup Kid. Kid akui setiap manusia berbeza dari setiap aspek yang boleh dinilai, namun persamaan kita adalah bagaimana kita menggerakkan minda kita terhadap sesuatu perkara samada positif atau sebaliknya.

Setiap perkara yang Kid lakukan, semuanya disebabkan dengan sebuah harapan. Sebab itulah wujudkan tema Akademi Fantasia - Satu HARAPAN, Satu Tujuan, Satu Destinasi (Cheitt....). Ini semua disebabkan harapan adalah sesuatu lumrah yang sentiasa ada dalam diri setiap manusia dalam memperjuangkan kehidupan mereka.

Persoalannya sekarang ialah sejauh mana usaha yang telah anda lakukan agar ia seiring dengan harapan yang anda inginkan? Adakah ianya berbaloi? Adakah ianya jelas menguntungkan? Jika ianya jelas, apakah perasaan yang bakal dihadapi oleh pihak sebaliknya? Adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya? Bagi Kid, jika usaha dan niat kita baik untuk melakukan sesuatu perkara, maka Allah S.W.T akan permudahkan perjalanan kita semua.

Kid tahu siapa diri Kid yang sebenarnya, Kid sedar apa yang Kid lakukan untuk peroleh sesuatu yang Kid inginkan. Cuma apa yang jelas membuntukan Kid ialah adakah kita perlu menyedarkan semua orang untuk memahami harapan yang kita inginkan? Sebab itulah entri ini ditulis supaya anda dapat berkongsi pengalaman anda bersama Kid dan para pembaca yang lain iaitu "Wajarkah kita menyedarkan harapan yang kita inginkan pada orang lain?".

P.S: Entri ini berkemungkinan besar berkait dengan kehidupan, percintaan dan komplikasi perasaan. Ia bergantung pada tahap anda menilai berdasarkan pengalaman anda. Terima kasih. :)

Tuesday, January 12, 2010

Selamat hari jadi Shazni dan impian menjadi Sherlock Holmes

Nampaknya hari ini merupakan satu hari yang agak memenat + menggembirakan bagi Kid kerana dua orang rakan Kid sanggup melaburkan masa dan wang mereka untuk meluangkan masa bersama Kid sehingga pukul 9 malam untuk menonton wayang berjudul "Old Dogs". Kid bagi 8/10 untuk movie ni sebab sumpah kelakar dan menghiburkan. Termasuklah menyedarkan Kid bahawa betapa besarnya tanggungjawab seorang bapa bagi memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Senang cite, memang filem ni korang wajib tengok!


Mesti korang pelik sebab mukadimah entri ini tak berkaitan langsung dengan tajuknya. (Gotcha! Haha). Sebenarnya selepas pulang dari menonton wayang bersama motor Wave 100R kesayangan Kid, Kid meluangkan masa untuk teman sehati sejiwa Kid yang bernama Muhammad Shazni kerana 12 haribulan Januari 2010 merupakan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 21 (Kau dah tua beb bro! Haha). Apa yang bestnya ialah sekali lagi Kid pergi menonton wayang. Tapi kali ini situasinya berbeza sebab kitorang menonton filem yang berjudul "Sherlock Holmes".


First of all, Kid memang assume filem ni sama je seperti filem-filem penyiasatan / detektif yang lain. Ternyata Kid silap sama sekali dimana filem ini telah membuka minda Kid dengan lebih luas untuk menggunakan logik akal bagi mendapatkan jawapan untuk menyelesaikan sebarang masalah. Tapi Kid rasa jenuh jari-jemari ni kalau nak kongsikan pengalaman Kid menonton wayang ni. So, apa kata korang laburkan wang korang sebanyak RM10 untuk menonton filem yang bakal memberikan impak dalam personaliti korang. Kid memang sarankan kerana filem ini dapat mendidik anda untuk berfikiran lebih matang. Tak caya? Tanya Shazni! Hehe.

Sebenarnya pukul 9 pagi nanti Kid ada kelas pertama (aiyark!). So Kid kena tidur awal untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Walaubagaimanapun, ingin Kid ucapkan sekali lagi kepada Shazni Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-21. Shazni merupakan salah seorang kawan Kid yang banyak memahami diri Kid ni. Termasuklah bab-bab percintaan..(Shhh..Kau jangan kecoh-kecoh Shazni..Naya aku)

Ok guys, harap korang enjoy entri Kid yang terbaru ni. Seperti biasa, Kid sentiasa menyalurkan maklumat yang bermanfaat dalam setiap entri yang Kid karangkan. Bezanya ialah antara korang nampak atau tidak. Jadi, jangan lupa untuk menonton filem "Sherlock Holmes". Buat pengetahuan korang juga, impian kami berdua kini membara untuk menjadi seperti Sherlock Holmes dan Watson. (ahahaha! boleh ke?? we'll see)

Monday, January 11, 2010

SEGi University College, Here I Come!

Jam menunjukkan pukul 6:13 pagi pada waktu Kid ingin mula menulis entri ini. Sebenarnya Kid tak tidur lagi kerana sibuk menyiapkan beberapa "tugas penting" untuk blog Kid. Lepas ni juga Kid akan terus bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa perkara penting untuk perancangan home tutor Kid tak lama lagi. Ini berikutan Kid ada menggunakan kaedah secara online untuk mendidik pelajar-pelajar UPSR kita. Yeehaw! Best nye dapat mengajar budak-budak kecik + comel. (Cheh..tak sedar diri kau tu dah tua Kid)

Hari ini juga merupakan hari yang menyeronokkan buat Kid kerana semester baru bermula. Oh rakan-rakan kolej Kid, korang tak rindu Kid ke? (cheh!) Kid dengar khabar dari seorang rakan Kid bahawa taklimat baru akan bermula pukul 2 petang. Aiseymen, lame gile nak kena tunggu. Jadi, Kid rasa daripada Kid buang masa melayan PES 2010 (Baru beli ohh!), baik Kid siapkan tugasan-tugasan untuk home tutor Kid. Berbaloi-baloi..

Kid harap semester baru ini bakal menjadikan seorang insan yang lebih baik dalam pendidikan. Yela, ibu dan ayah kita penat-penat bekerja semata-mata nak menanggung yuran kolej (Mahal plak tu..Siot tol kolej ni. Haha), kita senang-senang je nak hampakan diorang. Jangan korang lupa bahawa what goes around comes around. Mana tahu satu hari nanti korang dah ada anak, diorang pulak yang wat hal camtu. Takkan korang nak marah sebab korang sendiri pun pernah buat perkara yang tak elok dekat mak bapak korang. Tak gitu?

Rasanya Kid tak larat nak tulis berjela-jela sebab otak Kid sendiri dah lesu. Kalau dah lesu, maknanya kena layan Milo Fuzz...baru nikmat! Bagi rakan-rakan perempuan Kid di kolej tu, jangan la cakap Kid sombong. Kid sebenarnya pemalu orangnya. Kat blog je nampak macam sosial. (Ahaks!)

P.S: TechKids Solution mungkin memerlukan beberapa protege yang ingin belajar teknik pembelajaran BTL. (Ha..nak tau ape tu? Nantikan RESUME Kid tak lama lagi..Insyaallah) :)

Sunday, January 10, 2010

Stesen Radio Online Pilihan Korang?

Hari ini merupakan hari yang agak best kerana ibu Kid bawa Kid pergi jalan-jalan di Selayang Mall. Haha..Mungkin ada diantara korang akan cakap Kid anak manja. Oh...kalau nak tahu memang Kid ni anak manja. Nak tanya sikit, teruk sangat ke kalau bermanja-manja dengan ibu sendiri? Seorang insan yang sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka? Kid sendiri pernah tengok ada anak-anak malu nak jalan ngan mak bapak diorang kalau kuar jalan-jalan.

Ternyata golongan anak-anak tersebut memang tidak tahu menghargai setiap saat bersama ibu-bapa diorang. Cuba bayangkan kalau diorang dah takde satu hari nanti, masa tu lah korang terkial-kial dan menyesal tak sudah. Well...time tu Kid akan nasihatkan supaya takyah la nak menyesal. Dulu masa diorang ada korang wat tak endah, sekarang bila takde baru nak menyesal. Its too late..to apologize (Cheh...One Republic pulak. Haha)

Orait..entri kali ini Kid nak berkongsi sedikit pengalaman Kid untuk merasa santai ketika buat sebarang kerja termasuklah berblogging. Mungkin perkongsian ini dapat memberikan korang inspirasi. Siapa tahu kan? Insyaallah. Buat pengetahuan korang, sehingga hari ini Kid sentiasa menggunakan kaedah "mendengar radio online" semasa buat kerja. Ini termasuklah radio internet Malaysia yang hangat masa kini iaitu FuhyooFM yang dipelopori oleh golongan Internet Marketers dan Bloggers tanah air.



Tapi entri ni bukan bertujuan untuk promote stesen radio FuhyooFM. Kid sebenarnya lebih banyak layan online radio di TechnoFM. Ha..mesti korang ingat Kid budak-budak clubbing kan? Hahaha! Of course not. Cuma lagu-lagu diorang ni memang Kid suka layan. Nak-nak kalau ada beat yang macam binaural beat (kalau korang tak tau maksud dia, cari kat Google).

Oleh sebab lagu-lagu techno, house dan trance ni tak banyak sangat orang menyanyi (takde vocalist). Kid rasa tenang untuk buat kerja. Tapi kadang-kadang tu bergerak la jugak segelintir anggota badan ni sebab beat best sangat. Haha..korang jangan bayangkan. Sure tergelak punye. Ahaks!

Kesimpulan yang Kid ingin beritahu ialah layan lagu sambil berblogging itu best. Terutamanya time korang tengah buntu macam Kid sekarang (banyak niche blog tak update lagi..oh!). Jadi, bagi korang yang mendengar stesen radio online, meh la share-share ngan Kid. Sebelum tu pastikan lagu korang tak berunsurkan dangdut, black metal dan sewaktu dengannya. Sure Kid akan wat bodoh je. Hehe.

Belum cuba belum tahu..Sudah cuba? Then bagilah tahu.

Pada lewat malam semalam Kid terima email daripada seorang member Kid untuk bermain futsal di Shootout (terletak dalam kawasan Segambut). Pada awalnya Kid rasa cam taknak main je memandangkan demam ni kejap on off je. Tapi bila fikir-fikir balik, memandangkan Kid dah lama tak bersukan, apakata Kid main futsal tu untuk bagi Kid berpeluh sikit. Haha..cara Kid cakap macam terer gila kan main futsal? Padahal sepak bola pun selalunya "ke laut" je cam korang semua. (Ooops! haha.)

Entri kali ini Kid akan lebih tekankan kepada salah satu sifat manusia yang melambatkan proses pematangan mereka dalam kehidupan iaitu takut untuk mencuba. Oh, sesungguhnya sifat ini amat membahayakan kita semua kerana kita selalunya banyak cakap daripada bertindak. Betul tak? Jangan nak tipu Kid la. Sebab Kid sendiri camtu masa kecik-kecik. (Ecececehh...konon sekarang dah matang la ye?)

Macamni, sebenarnya idea Kid untuk menulis entri ini terdetik apabila salah seorang hamba Allah S.W.T ni bertanya kat Kid:

"Banyak betul benda yang kau buat Kid. Tak takut gagal ke?"

Sebenarnya soalan seperti diatas memang banyak kali diajukan cuma kali ni terdetik hati Kid untuk menyuarakan isi hati Kid kepada korang semua. Bagi Kid, tidak salahnya jika kita mencuba. Sebab untuk umur macam Kid ni (Tahun ni dah 20..Aiyarkk) Kid rasa masih banyak yang perlu Kid belajar dan lalui. Tenaga Kid juga masih banyak untuk melakukan pelbagai perkara. Tapi apa yang paling penting ingin Kid nyatakan disini ialah Kid langsung tak pernah menyesal dengan apa yang Kid lakukan. Kenapa ye? Meh baca entri ni sampai habis.

Para pembaca yang dihormati, pernah tak korang terfikir sejauh mana korang hargai setiap detik masa dalam kehidupan korang? Adakah ia banyak dihabiskan dengan perkara yang berfaedah seperti melepak, merempit dan sewaktu dengannya? Kalau perkara seperti itulah yang sering korang lakukan dalam hidup, ia bermakna korang sebenarnya langsung tidak menghargai erti kehidupan korang.

Mungkin entri ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti "Kenapa orang Melayu sering berada di comfort zone dan sebagainya..". Tapi Kid taknak fokus ke arah tu. Sebab apa? Kid tahu sangat hati dan perasaan orang Melayu ni. Pantang ditegur..Mula la mengamuk tak tentu pasal. Pastu yang paling bestnya budi bahasa terus hilang bila mengamuk. Bukan niat untuk mengutuk, tapi sebagai pengajaran terhadap diri sendiri jugak.

Bagi Kid, daripada korang menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah tu, lebih baik korang buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Maksud Kid disini ialah mungkin korang boleh cuba berniaga. Cakap pasal berniaga ni pulak, ramai yang berfikiran negatif macam:

"Aku tak tahu la nak berniaga"
"Malas la nak berniaga"
"Ala...aku tengok kau berniaga tak kaya-kaya pun"
dan banyak lagi..Ohoho!

Sebab tu la banyak perkara yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya. Salah satunya ialah "mindset" mereka sendiri. Sebab tu la Kid tekankan supaya anda harus berani mencuba. Eh..kalau SKIM CEPAT KAYA tu bukan main laju lagi korang join. Apa kes? Siap kutuk Kid balik bila Kid cuba perbetulkan keadaan. Lepas tu bila dah kantoi, semua senyap dan bagi alasan yang munasabah (Dah nama pun alasan kan? Biasalah..).



Jadi, bagi para pembaca terhormat Kid. Janganlah korang takut untuk mencuba. Sesungguhnya setiap tindakan yang korang lakukan itu akan membawa korang ke dimensi kehidupan yang baru. Dengan kata lain ia dapat mematangkan korang. Sekurang-kurangnya takdela korang rasa menyesal di kemudian hari. Bagi anda yang rasakan tiada orang menyokong anda untuk melakukan sesuatu, sebenarnya inilah salah satu tujuan utama Kid tubuhkan blog yang sempoi lagi bersahaja ni iaitu membantu rakan-rakan Kid untuk mencipta kejayaan dalam diri mereka. Salam hormat dan selamat mencari rezeki di hari Ahad yang mulia ini. :)

Saturday, January 9, 2010

Oh! Sabtu - Perjalananku masih jauh

Kid dapat rasakan korang pasti tertanya-tanya kenapa Kid letak tajuk camtu. Buat pengetahuan korang, Kid sendiri pun tak tahu kenapa Kid buat tajuk camtu. Biasalah, sekarang dah pukul 5.30 pagi. Jadi, waktu-waktu macamni memang ramai orang masuk air (Termasuk Kid dan para bloggers lain. Yeke? Hehe).

Buat pengetahuan rakan-rakan semua. Kid mungkin akan mengendalikan home tusyen (Ish! Betul ke Kid nak mengajar? Subjek pe? Blogging ke?). Haha..Korang rasa-rasa Kid elok mengajar subjek pe? Berdasarkan ilmu Kid yang tak seberapa ni, Kid membuat keputusan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Matematik bagi peringkat UPSR (Hek..eleh! Apa barang??).

Cop, cop. Kalau korang ingat mendidik ini macam buat air milo Fuzz di pagi hari, Kid berani cakap korang silap sama sekali. Tugas mendidik bukanlah tugas mudah, apatah lagi kalau kita hendak mendidik anak orang. Budak kecik pulak tu. Silap ajar boleh jadi ajaran sesat ohhh..

Perancangan untuk menjadi home tutor ini masih lagi perancangan sebab Kid sedang menunggu untuk masuk kolej bagi semester ketiga hari Isnin ni. Yela, kena pastikan jadual tak padat, kalau tak..habis Kid nanti. Tak dapat nak enjoy hidup sebab asyik cari duit je. Hehehe. Walaubagaimanapun, resume sebagai home tutor telah Kid siapkan pagi semalam. Sekali tengok resume tu macam Joint Venture proposal pun ade ohh..Lawa sangat. Haha!

Memandangkan hari ni hari Sabtu, Kid nak tanya apa perancangan korang waktu cuti ni? Jangan la asyik keluar melepak sambil menghabiskan duit mak bapak korang. Kesian diorang cari rezeki setiap bulan untuk sara korang. Kalau guna duit diorang untuk bukak bisnes takpela jugak (Pastikan halal la ye..oh!). Kid mungkin akan pergi ke kedai spek untuk buat spek mata baru. Maklumlah, semenjak dua menjak ni Kid rasa mata Kid ni berpinau-pinau bila mengadap laptop.

Hari ni juga Kid akan beri tumpuan untuk menyiapkan modul pembelajaran tusyen nanti. Jadi, siapa yang ada anak / anak sedara dan sewaktu dengannya yang sedang bersiap-sedia untuk menghadapi SPM tahun ni. Mari belajar bersama Kid. Mesti best punya. Oh! :)

Friday, January 8, 2010

Hari jumaat yang menenangkan..Alhamdulillah

Pertama sekali, Kid ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Allah S.W.T kerana mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada insan yang lemah bernama Muhammad Aqif bin Azizan serta memperkenalkan seorang lagi insan yang membantu Kid dalam merealisasikan impian Kid untuk menjana pendapatan melalu blog iaitu saudara Rohaizad bin Jumat.


Kid harap perkongsian Kid pada hari Jumaat ini amat bermakna untuk para pembaca semua. Kid merupakan seorang pelajar yang menuntut di kolej yang agak tinggi yuran pembelajarannya dimana Kid belajar disana bukanlah untuk menunjukkan Kid ini orang yang "berada". Sebaliknya Kid ingin mendapatkan ilmu pengetahuan yang selama ini Kid gila-gilakan iaitu Multimedia. Kid amat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua belah ibu bapa Kid yang sanggup melepaskan Kid daripada UiTM Melaka semata-mata ingin lihat Kid menuntut ilmu yang Kid minati selama ini. I love both of you so much!!!

Sehingga hari ini, Kid rasakan bahawa jasa mereka tidak dapat Kid balas kerana wang yang mereka peruntukkan untuk membiayai pelajaran Kid bukanlah sedikit. Kid tahu kos tersebut mampu menghadiahkan sebuah Myvi SE berwarna hitam (Sempat lagi berlawak nih..Haha). Namun, Kid lebih gilakan ilmu dan akan terus mencarinya sehingga tamat riwayat Kid. Mungkin ini jalan yang Allah S.W.T telah tetapkan dan Kid tetap bersyukur dan akan terus mengharunginya.

Sebagai seorang anak, Kid juga mempunyai cita-cita untuk memberi kesenangan pada kedua belah ibu bapa Kid pada suatu hari nanti dan Kid percaya Kid mampu lakukannya. Sebab itu Kid sanggup melabur wang Kid untuk membina sebuah perniagaan dimana Kid percaya perniagaan ini mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga Kid. Terus terang Kid katakan bahawa wang yang diperoleh ini bukanlah untuk Kid semata-mata, tetapi ia untuk masa depan Kid sekeluarga dimana Kid ingin lihat terpancar senyuman daripada kedua belah ibu bapa Kid apabila melihat anaknya bukan sahaja mampu berdikari, malah sudah mempunyai peruntukan untuk memberi kesenangan pada keluarga.

Bagi Kid, genggam bara api biar sampai jadi arang. Biar apapun cabaran yang datang, akan Kid harunginya dengan kesabaran dan kepercayaan. Semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang insan yang berguna. Ingatlah, wang itu sekadar material sahaja. Jangan biarkan ia "mengawal" kita. Sebelum Kid mengakhiri entri ini, ingin Kid menyatakan bahawa Kid amat menyayangi Azizan bin Zakaria dan Rosilawati binti Darus! Oh!

Thursday, January 7, 2010

3 Hari Tempoh Merana...

Kid yakin korang pasti terkejut dengan tajuk post diatas kan? Haha. Buat pengetaahuan korang semua, sebenarnya Kid dah demam sebanyak 3 hari berturut-turut. Ramai jugak la kawan-kawan Kid yang prihatin (Thanks all!) suruh Kid pergi klinik untuk buat medical checkup. Diorang kata kalau demam lama sangat tak elok oh...Tapi sebelum ni Kid demam seminggu takde hal pun (Ececehh...)

Tapi tengah-tengah demam pun Kid sempat siapkan satu lagi projek laman web dan sekarang tengah menunggu $$$$ masuk je. Alhamdulillah..Kid sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah maha adil. Mesti ada hikmah disebalik Kid demam ni. Mana taknya, tiba-tiba je idea Kid mencurah-curah untuk buat design dan tempahan yang Kid dapat pun bukan main banyak lagi. Cuma bila sampai bahagian penulisan / blogging, Kid rasa agak lemau sebab tak dapat nak feel sepenuhnya. Haha! Sebab tu blog AqifStrategi.com tak dapat nak diupdate sehingga kini.

Nampaknya setelah Kid memberitahu rakan-rakan tentang "menjana pendapatan melalui blog", ada yang telah menghubungi Kid untuk menyuruh Kid membuat personal coaching dan seminar. Maaf ye rakan-rakan sebab buat masa ni Kid masih lagi tak bersedia lagi untuk semua tu. Bahkan Kid sebenarnya masih baru lagi dalam bidang ni. Lainlah kalau korang nak suruh Kid buat seminar tentang pemasaran dan perniagaan internet. Insyaallah takde hal.

Oklah geng. Rasanya dah tiba masanya untuk Kid berhenti berceloteh sebab badan ni pun dah rasa suam-suam je. Kalau tidur sumpah pening gila bila bangun nanti. Nampaknya kena makan ubat sambil tengok movie-movie best di Astro je la jawapnye. :(

Wednesday, January 6, 2010

Kisah Menarik Di Pagi Hari...

Rasanya lama Kid tak update blog ni (Padahal baru baper hari je..Hehehe). Bukan Kid sengaja tak nak update, tapi disebabkan kerja Kid yang menimbun-nimbun membuatkan masa Kid agak terhad untuk merepek dalam blog ni. Kid juga mengalami demam dan selsema yang melampau dalam 2 hari ni. Rasanya ini disebabkan Kid terlampau melayan kesejukan kat Genting Highland tempoh hari kot?

Jadi, apa yang menarik sangat di pagi hari ni selain daripada lepak minum bersama dengan kawan-kawan Kid tadi? Buat pengetahuan korang semua, akhirnya segala usaha Kid telah terbayar setelah salah satu blog Kid berjaya menjana pendapatan sebanyak RM200 iaitu USD60. (Huh? Betul ke?). Bagi anda yang ingin mengetahui kisah menarik ni, mari teruskan bacaan anda sehingga habis supaya anda dapat faham potensi blogging yang sebenar.

Baiklah, bagi anda yang kurang ilmu pengetahuan mengenai blogging, anda perlu memahami potensi sebenar dunia blogging itu sendiri. Maksud Kid disini matlamat yang anda inginkan dalam blogging. Rata-rata berpendapat bahawa blogging ni untuk suka-suka je. Kid sendiri tak nafikan pada mula Kid start menubuhkan blog dot com sendiri.

Namun setelah beberapa tahun Kid menyelongkar dunia blogging, Kid mendapati bahawa ia juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menjana pendapatan ($$$$). Walaubagaimanapun, ia bukan perkara yang mudah kerana semuanya memerlukan usaha yang berterusan. Seperti kata seorang blogger kental, "Blogging itu cool dan relax". Jadi anda perlu mempunyai ciri-ciri seorang yang cool dan relax untuk meneruskan perjuangan dalam arena blogging itu sendiri. Ini kerana blogging tidak memaksa anda untuk melakukan sesuatu, tetapi anda sendiri akan seronok melakukan sesuatu perkara yang dinamakan berblogging.

Bagi anda yang ingin lihat screenshot sebagai bukti kukuh (kononnya). Kid rasa tak perlulah untuk Kid tunjukkan kerana Kid tetap akan terima kritikan daripada segelintir pihak (Bagi mereka yang sememangnya mempunyai "PHD" - Perasaan Hasad Dengki). Apa-apapun, perjuangan Kid mesti diteruskan kerana blogging adalah satu perkara yang sememangnya Kid sentiasa seronok lakukan.

Sedikit peringatan daripada Kid buat anda yang mempunyai blog. Jagalah blog anda seperti perniagaan anda sendiri. Bak kata John Chow, kalau kos nak buat blog ni sehingga berpuluh ribu ringgit, mesti ramai yang dah berjaya dalam arena blogging ini. Jadi, fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal! :)

Monday, January 4, 2010

Kekemasan Blog Adalah Keutamaan Kid..Anda Pula?

Jam menunjukkan pukul 5:47 petang ketika Kid hendak menulis post ini. Pada waktu ini adalah waktu yang memang tak produktif langsung bagi Kid kerana time-time camni Kid akan melayari website-website yang kurang mendatangkan faedah seperti online Facebook tanpa arah tuju. Hehe..Biasanya kalau nak update blog dan buat kerja-kerja, Kid memang biasa buat pada waktu malam. Sebab waktu malam sunyi dan angin sepoi-sepoi bahasa. Hehe..

Tajuk hari ini Kid ingin tekankan mengenai kekemasan blog anda. Adakah kekemasan blog itu penting? Sudah semestinya kerana ia merupakan "first impression" para pelawat mengenai laman blog anda. Cuba tengok sendiri blog Kid ni, apa pandangan korang bila first time masuk blog ni? Mesti best kan? (Hahaha!). Tujuan Kid mengemaskini design blog ini adalah untuk menandakan bahawa Kid betul-betul serius dalam blogging. Mengapa Kid berkata demikian?

Cuba korang bayangkan blog korang sebagai sebuah rumah. Mesti korang nak hias rumah korang secantik yang mungkin kan? (Melainkan korang ni memang dilahirkan pemalas. Tapi Kid percaya pembaca blog ni semua rajin-rajin belaka). Sebab itulah Kid sentiasa sarankan agar mempunyai template blog yang menarik. Kalau boleh, jangan gunakan original template. Pandai-pandailah korang hias sendiri. Kalau xde idea sangat, cuba tengok design blog Kid ni. Mana tahu leh dapat inspirasi ke? Haha!

Sebelum Kid beransur, Kid nak bagitau sikit kat korang semua pasal maklumat yang Kid sampaikan dalam blog ini. Sebenarnya, blog ini diwujudkan untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada korang semua. Apa yang membezakan blog ini dengan blog-blog Kid yang lain seperti AqifStrategi.com adalah cara penyampaian dan gaya penulisan Kid yang bersifat sempoi dan bersahaja. Tujuan Kid adalah untuk merapatkan hubungan dengan para pembaca Kid. Yela, kalau blog cam AqifStrategi.com tu nampak macam Kid ni serius je. Siap ade yang tegur..Oh!

Oleh itu, Kid sarankan agar korang sentiasa lawat blog Kid ni sebab banyak lagi benda yang Kid nak kongsikan dengan korang. Kid jamin blog ni pasti dapat meningkatkan taraf hidup anda menjadi lebih baik sebab Kid sentiasa mengamalkan konsep "Blog Sebagai Medium Informasi Bermanfaat". Bagi yang ingat blog ni sebagai blog gosip dan hiburan, maa sangat-sangat ye. Pergilah cari blog lain. Dosa kering ohh..

Sunday, January 3, 2010

Anda Rasa Malas? Bosan? Tak Larat? Maka Baca Tips Ni!

Nampaknya ini merupakan entri pertama blog Kid pada awal tahun 2010. Buat pengetahuan anda semua, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Kid mengambil keputusan untuk bercuti bersama rakan-rakan di Kota Keriangan  (Kat mana tu? Baca artikel ni sampai habis dulu ye.Hehehe.). Sebenarnya Kid memang dah lama merancang nak pergi bercuti tapi masa dan wang tidak mengizinkan Kid untuk berbuat demikian. Percutian ni pun telah disponsor oleh seorang rakan Kid yang hensem dimana kos hotel adalah 100% percuma (Thanks a lot bro! U are the best!)


(Milo panas adalah pilihan terbaik jika anda kesejukan!)

Balik je dari Kota Keriangan tu, perasaan Kid punyalah hampa kerana tidak dapat bercuti lebih lama memandangkan banyak projek yang perlu diuruskan pada tahun 2010 ini. Sebaik sahaja Kid sampai rumah, Kid terus cium Asus F50 kerana rindu yang teramat sejak meninggalkan dia selama 3 hari berturut-turut. Maafkan daku Asus F50! :)

Perkara biasa yang Kid lakukan selepas turn on laptop ialah melihat berapa banyak email yang masuk dalam akaun Yahoo Mail Kid. Punyalah tak best sebab Kid banyak dapat email SPAM daripada sape ntah. Tapi yang amat menyeronokkan Kid ialah beberapa projek Kid telah diterima. Alhamdulillah, mungkin bulan ni dapat sambar satu lagi laptop untuk dibawa berjalan-jalan. Maklumlah, Asus F50 ni besar sangat, tak larat ohh nak bawak jalan-jalan.

Okay-okay, balik pada topik. Sebenarnya lepas Kid dapat tahu yang projek Kid telah dipersetujui, tiba-tiba perasaan Kid berubah menjadi malas gila untuk memulakan tindakan pertama. Tak tahu kenapa Kid tiba-tiba boleh jadi camni. Biasanya kalau ada projek mesti Kid terus buat sampai siap. Tapi kali ni jauh berbeza. Adakah ini disebabkan Kid cuti terlampau lama sampai produktiviti menurun dengan mendadak?

Suddenly (Cheh..speaking plak), Kid teringat satu perkara yang Kid biasa lakukan bila Kid rasa malas gila nak buat kerja. Teknik ini dapat memberikan hasil yang memuaskan bila korang pun rasa malas dan ia berkait rapat dengan cara pernafasan korang. 

Apa yang korang perlu lakukan ialah tarik nafas korang sedalam-dalamnya dalam masa 10 saat dan hembuskan secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 5-6 kali sampai korang rasa lega gila. Jangan lupa juga untuk tutup mata bagi mengekalkan konsentrasi dalam lakukan teknik ini.

Pastikan korang cuba teknik ini dan kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen yang disediakan ye.

P.S: Jawapan kota keriangan: Genting Highlands (Kid rasa korang memang dah tau pun kan? kan?)