Sunday, January 10, 2010

Belum cuba belum tahu..Sudah cuba? Then bagilah tahu.

Pada lewat malam semalam Kid terima email daripada seorang member Kid untuk bermain futsal di Shootout (terletak dalam kawasan Segambut). Pada awalnya Kid rasa cam taknak main je memandangkan demam ni kejap on off je. Tapi bila fikir-fikir balik, memandangkan Kid dah lama tak bersukan, apakata Kid main futsal tu untuk bagi Kid berpeluh sikit. Haha..cara Kid cakap macam terer gila kan main futsal? Padahal sepak bola pun selalunya "ke laut" je cam korang semua. (Ooops! haha.)

Entri kali ini Kid akan lebih tekankan kepada salah satu sifat manusia yang melambatkan proses pematangan mereka dalam kehidupan iaitu takut untuk mencuba. Oh, sesungguhnya sifat ini amat membahayakan kita semua kerana kita selalunya banyak cakap daripada bertindak. Betul tak? Jangan nak tipu Kid la. Sebab Kid sendiri camtu masa kecik-kecik. (Ecececehh...konon sekarang dah matang la ye?)

Macamni, sebenarnya idea Kid untuk menulis entri ini terdetik apabila salah seorang hamba Allah S.W.T ni bertanya kat Kid:

"Banyak betul benda yang kau buat Kid. Tak takut gagal ke?"

Sebenarnya soalan seperti diatas memang banyak kali diajukan cuma kali ni terdetik hati Kid untuk menyuarakan isi hati Kid kepada korang semua. Bagi Kid, tidak salahnya jika kita mencuba. Sebab untuk umur macam Kid ni (Tahun ni dah 20..Aiyarkk) Kid rasa masih banyak yang perlu Kid belajar dan lalui. Tenaga Kid juga masih banyak untuk melakukan pelbagai perkara. Tapi apa yang paling penting ingin Kid nyatakan disini ialah Kid langsung tak pernah menyesal dengan apa yang Kid lakukan. Kenapa ye? Meh baca entri ni sampai habis.

Para pembaca yang dihormati, pernah tak korang terfikir sejauh mana korang hargai setiap detik masa dalam kehidupan korang? Adakah ia banyak dihabiskan dengan perkara yang berfaedah seperti melepak, merempit dan sewaktu dengannya? Kalau perkara seperti itulah yang sering korang lakukan dalam hidup, ia bermakna korang sebenarnya langsung tidak menghargai erti kehidupan korang.

Mungkin entri ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti "Kenapa orang Melayu sering berada di comfort zone dan sebagainya..". Tapi Kid taknak fokus ke arah tu. Sebab apa? Kid tahu sangat hati dan perasaan orang Melayu ni. Pantang ditegur..Mula la mengamuk tak tentu pasal. Pastu yang paling bestnya budi bahasa terus hilang bila mengamuk. Bukan niat untuk mengutuk, tapi sebagai pengajaran terhadap diri sendiri jugak.

Bagi Kid, daripada korang menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah tu, lebih baik korang buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Maksud Kid disini ialah mungkin korang boleh cuba berniaga. Cakap pasal berniaga ni pulak, ramai yang berfikiran negatif macam:

"Aku tak tahu la nak berniaga"
"Malas la nak berniaga"
"Ala...aku tengok kau berniaga tak kaya-kaya pun"
dan banyak lagi..Ohoho!

Sebab tu la banyak perkara yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya. Salah satunya ialah "mindset" mereka sendiri. Sebab tu la Kid tekankan supaya anda harus berani mencuba. Eh..kalau SKIM CEPAT KAYA tu bukan main laju lagi korang join. Apa kes? Siap kutuk Kid balik bila Kid cuba perbetulkan keadaan. Lepas tu bila dah kantoi, semua senyap dan bagi alasan yang munasabah (Dah nama pun alasan kan? Biasalah..).



Jadi, bagi para pembaca terhormat Kid. Janganlah korang takut untuk mencuba. Sesungguhnya setiap tindakan yang korang lakukan itu akan membawa korang ke dimensi kehidupan yang baru. Dengan kata lain ia dapat mematangkan korang. Sekurang-kurangnya takdela korang rasa menyesal di kemudian hari. Bagi anda yang rasakan tiada orang menyokong anda untuk melakukan sesuatu, sebenarnya inilah salah satu tujuan utama Kid tubuhkan blog yang sempoi lagi bersahaja ni iaitu membantu rakan-rakan Kid untuk mencipta kejayaan dalam diri mereka. Salam hormat dan selamat mencari rezeki di hari Ahad yang mulia ini. :)

Saturday, January 9, 2010

Oh! Sabtu - Perjalananku masih jauh

Kid dapat rasakan korang pasti tertanya-tanya kenapa Kid letak tajuk camtu. Buat pengetahuan korang, Kid sendiri pun tak tahu kenapa Kid buat tajuk camtu. Biasalah, sekarang dah pukul 5.30 pagi. Jadi, waktu-waktu macamni memang ramai orang masuk air (Termasuk Kid dan para bloggers lain. Yeke? Hehe).

Buat pengetahuan rakan-rakan semua. Kid mungkin akan mengendalikan home tusyen (Ish! Betul ke Kid nak mengajar? Subjek pe? Blogging ke?). Haha..Korang rasa-rasa Kid elok mengajar subjek pe? Berdasarkan ilmu Kid yang tak seberapa ni, Kid membuat keputusan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Matematik bagi peringkat UPSR (Hek..eleh! Apa barang??).

Cop, cop. Kalau korang ingat mendidik ini macam buat air milo Fuzz di pagi hari, Kid berani cakap korang silap sama sekali. Tugas mendidik bukanlah tugas mudah, apatah lagi kalau kita hendak mendidik anak orang. Budak kecik pulak tu. Silap ajar boleh jadi ajaran sesat ohhh..

Perancangan untuk menjadi home tutor ini masih lagi perancangan sebab Kid sedang menunggu untuk masuk kolej bagi semester ketiga hari Isnin ni. Yela, kena pastikan jadual tak padat, kalau tak..habis Kid nanti. Tak dapat nak enjoy hidup sebab asyik cari duit je. Hehehe. Walaubagaimanapun, resume sebagai home tutor telah Kid siapkan pagi semalam. Sekali tengok resume tu macam Joint Venture proposal pun ade ohh..Lawa sangat. Haha!

Memandangkan hari ni hari Sabtu, Kid nak tanya apa perancangan korang waktu cuti ni? Jangan la asyik keluar melepak sambil menghabiskan duit mak bapak korang. Kesian diorang cari rezeki setiap bulan untuk sara korang. Kalau guna duit diorang untuk bukak bisnes takpela jugak (Pastikan halal la ye..oh!). Kid mungkin akan pergi ke kedai spek untuk buat spek mata baru. Maklumlah, semenjak dua menjak ni Kid rasa mata Kid ni berpinau-pinau bila mengadap laptop.

Hari ni juga Kid akan beri tumpuan untuk menyiapkan modul pembelajaran tusyen nanti. Jadi, siapa yang ada anak / anak sedara dan sewaktu dengannya yang sedang bersiap-sedia untuk menghadapi SPM tahun ni. Mari belajar bersama Kid. Mesti best punya. Oh! :)

Friday, January 8, 2010

Hari jumaat yang menenangkan..Alhamdulillah

Pertama sekali, Kid ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Allah S.W.T kerana mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada insan yang lemah bernama Muhammad Aqif bin Azizan serta memperkenalkan seorang lagi insan yang membantu Kid dalam merealisasikan impian Kid untuk menjana pendapatan melalu blog iaitu saudara Rohaizad bin Jumat.


Kid harap perkongsian Kid pada hari Jumaat ini amat bermakna untuk para pembaca semua. Kid merupakan seorang pelajar yang menuntut di kolej yang agak tinggi yuran pembelajarannya dimana Kid belajar disana bukanlah untuk menunjukkan Kid ini orang yang "berada". Sebaliknya Kid ingin mendapatkan ilmu pengetahuan yang selama ini Kid gila-gilakan iaitu Multimedia. Kid amat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua belah ibu bapa Kid yang sanggup melepaskan Kid daripada UiTM Melaka semata-mata ingin lihat Kid menuntut ilmu yang Kid minati selama ini. I love both of you so much!!!

Sehingga hari ini, Kid rasakan bahawa jasa mereka tidak dapat Kid balas kerana wang yang mereka peruntukkan untuk membiayai pelajaran Kid bukanlah sedikit. Kid tahu kos tersebut mampu menghadiahkan sebuah Myvi SE berwarna hitam (Sempat lagi berlawak nih..Haha). Namun, Kid lebih gilakan ilmu dan akan terus mencarinya sehingga tamat riwayat Kid. Mungkin ini jalan yang Allah S.W.T telah tetapkan dan Kid tetap bersyukur dan akan terus mengharunginya.

Sebagai seorang anak, Kid juga mempunyai cita-cita untuk memberi kesenangan pada kedua belah ibu bapa Kid pada suatu hari nanti dan Kid percaya Kid mampu lakukannya. Sebab itu Kid sanggup melabur wang Kid untuk membina sebuah perniagaan dimana Kid percaya perniagaan ini mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga Kid. Terus terang Kid katakan bahawa wang yang diperoleh ini bukanlah untuk Kid semata-mata, tetapi ia untuk masa depan Kid sekeluarga dimana Kid ingin lihat terpancar senyuman daripada kedua belah ibu bapa Kid apabila melihat anaknya bukan sahaja mampu berdikari, malah sudah mempunyai peruntukan untuk memberi kesenangan pada keluarga.

Bagi Kid, genggam bara api biar sampai jadi arang. Biar apapun cabaran yang datang, akan Kid harunginya dengan kesabaran dan kepercayaan. Semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang insan yang berguna. Ingatlah, wang itu sekadar material sahaja. Jangan biarkan ia "mengawal" kita. Sebelum Kid mengakhiri entri ini, ingin Kid menyatakan bahawa Kid amat menyayangi Azizan bin Zakaria dan Rosilawati binti Darus! Oh!

Thursday, January 7, 2010

3 Hari Tempoh Merana...

Kid yakin korang pasti terkejut dengan tajuk post diatas kan? Haha. Buat pengetaahuan korang semua, sebenarnya Kid dah demam sebanyak 3 hari berturut-turut. Ramai jugak la kawan-kawan Kid yang prihatin (Thanks all!) suruh Kid pergi klinik untuk buat medical checkup. Diorang kata kalau demam lama sangat tak elok oh...Tapi sebelum ni Kid demam seminggu takde hal pun (Ececehh...)

Tapi tengah-tengah demam pun Kid sempat siapkan satu lagi projek laman web dan sekarang tengah menunggu $$$$ masuk je. Alhamdulillah..Kid sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah maha adil. Mesti ada hikmah disebalik Kid demam ni. Mana taknya, tiba-tiba je idea Kid mencurah-curah untuk buat design dan tempahan yang Kid dapat pun bukan main banyak lagi. Cuma bila sampai bahagian penulisan / blogging, Kid rasa agak lemau sebab tak dapat nak feel sepenuhnya. Haha! Sebab tu blog AqifStrategi.com tak dapat nak diupdate sehingga kini.

Nampaknya setelah Kid memberitahu rakan-rakan tentang "menjana pendapatan melalui blog", ada yang telah menghubungi Kid untuk menyuruh Kid membuat personal coaching dan seminar. Maaf ye rakan-rakan sebab buat masa ni Kid masih lagi tak bersedia lagi untuk semua tu. Bahkan Kid sebenarnya masih baru lagi dalam bidang ni. Lainlah kalau korang nak suruh Kid buat seminar tentang pemasaran dan perniagaan internet. Insyaallah takde hal.

Oklah geng. Rasanya dah tiba masanya untuk Kid berhenti berceloteh sebab badan ni pun dah rasa suam-suam je. Kalau tidur sumpah pening gila bila bangun nanti. Nampaknya kena makan ubat sambil tengok movie-movie best di Astro je la jawapnye. :(

Wednesday, January 6, 2010

Kisah Menarik Di Pagi Hari...

Rasanya lama Kid tak update blog ni (Padahal baru baper hari je..Hehehe). Bukan Kid sengaja tak nak update, tapi disebabkan kerja Kid yang menimbun-nimbun membuatkan masa Kid agak terhad untuk merepek dalam blog ni. Kid juga mengalami demam dan selsema yang melampau dalam 2 hari ni. Rasanya ini disebabkan Kid terlampau melayan kesejukan kat Genting Highland tempoh hari kot?

Jadi, apa yang menarik sangat di pagi hari ni selain daripada lepak minum bersama dengan kawan-kawan Kid tadi? Buat pengetahuan korang semua, akhirnya segala usaha Kid telah terbayar setelah salah satu blog Kid berjaya menjana pendapatan sebanyak RM200 iaitu USD60. (Huh? Betul ke?). Bagi anda yang ingin mengetahui kisah menarik ni, mari teruskan bacaan anda sehingga habis supaya anda dapat faham potensi blogging yang sebenar.

Baiklah, bagi anda yang kurang ilmu pengetahuan mengenai blogging, anda perlu memahami potensi sebenar dunia blogging itu sendiri. Maksud Kid disini matlamat yang anda inginkan dalam blogging. Rata-rata berpendapat bahawa blogging ni untuk suka-suka je. Kid sendiri tak nafikan pada mula Kid start menubuhkan blog dot com sendiri.

Namun setelah beberapa tahun Kid menyelongkar dunia blogging, Kid mendapati bahawa ia juga boleh dijadikan sebagai medium untuk menjana pendapatan ($$$$). Walaubagaimanapun, ia bukan perkara yang mudah kerana semuanya memerlukan usaha yang berterusan. Seperti kata seorang blogger kental, "Blogging itu cool dan relax". Jadi anda perlu mempunyai ciri-ciri seorang yang cool dan relax untuk meneruskan perjuangan dalam arena blogging itu sendiri. Ini kerana blogging tidak memaksa anda untuk melakukan sesuatu, tetapi anda sendiri akan seronok melakukan sesuatu perkara yang dinamakan berblogging.

Bagi anda yang ingin lihat screenshot sebagai bukti kukuh (kononnya). Kid rasa tak perlulah untuk Kid tunjukkan kerana Kid tetap akan terima kritikan daripada segelintir pihak (Bagi mereka yang sememangnya mempunyai "PHD" - Perasaan Hasad Dengki). Apa-apapun, perjuangan Kid mesti diteruskan kerana blogging adalah satu perkara yang sememangnya Kid sentiasa seronok lakukan.

Sedikit peringatan daripada Kid buat anda yang mempunyai blog. Jagalah blog anda seperti perniagaan anda sendiri. Bak kata John Chow, kalau kos nak buat blog ni sehingga berpuluh ribu ringgit, mesti ramai yang dah berjaya dalam arena blogging ini. Jadi, fikir-fikirkanlah..dan selamat beramal! :)

Monday, January 4, 2010

Kekemasan Blog Adalah Keutamaan Kid..Anda Pula?

Jam menunjukkan pukul 5:47 petang ketika Kid hendak menulis post ini. Pada waktu ini adalah waktu yang memang tak produktif langsung bagi Kid kerana time-time camni Kid akan melayari website-website yang kurang mendatangkan faedah seperti online Facebook tanpa arah tuju. Hehe..Biasanya kalau nak update blog dan buat kerja-kerja, Kid memang biasa buat pada waktu malam. Sebab waktu malam sunyi dan angin sepoi-sepoi bahasa. Hehe..

Tajuk hari ini Kid ingin tekankan mengenai kekemasan blog anda. Adakah kekemasan blog itu penting? Sudah semestinya kerana ia merupakan "first impression" para pelawat mengenai laman blog anda. Cuba tengok sendiri blog Kid ni, apa pandangan korang bila first time masuk blog ni? Mesti best kan? (Hahaha!). Tujuan Kid mengemaskini design blog ini adalah untuk menandakan bahawa Kid betul-betul serius dalam blogging. Mengapa Kid berkata demikian?

Cuba korang bayangkan blog korang sebagai sebuah rumah. Mesti korang nak hias rumah korang secantik yang mungkin kan? (Melainkan korang ni memang dilahirkan pemalas. Tapi Kid percaya pembaca blog ni semua rajin-rajin belaka). Sebab itulah Kid sentiasa sarankan agar mempunyai template blog yang menarik. Kalau boleh, jangan gunakan original template. Pandai-pandailah korang hias sendiri. Kalau xde idea sangat, cuba tengok design blog Kid ni. Mana tahu leh dapat inspirasi ke? Haha!

Sebelum Kid beransur, Kid nak bagitau sikit kat korang semua pasal maklumat yang Kid sampaikan dalam blog ini. Sebenarnya, blog ini diwujudkan untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada korang semua. Apa yang membezakan blog ini dengan blog-blog Kid yang lain seperti AqifStrategi.com adalah cara penyampaian dan gaya penulisan Kid yang bersifat sempoi dan bersahaja. Tujuan Kid adalah untuk merapatkan hubungan dengan para pembaca Kid. Yela, kalau blog cam AqifStrategi.com tu nampak macam Kid ni serius je. Siap ade yang tegur..Oh!

Oleh itu, Kid sarankan agar korang sentiasa lawat blog Kid ni sebab banyak lagi benda yang Kid nak kongsikan dengan korang. Kid jamin blog ni pasti dapat meningkatkan taraf hidup anda menjadi lebih baik sebab Kid sentiasa mengamalkan konsep "Blog Sebagai Medium Informasi Bermanfaat". Bagi yang ingat blog ni sebagai blog gosip dan hiburan, maa sangat-sangat ye. Pergilah cari blog lain. Dosa kering ohh..

Sunday, January 3, 2010

Anda Rasa Malas? Bosan? Tak Larat? Maka Baca Tips Ni!

Nampaknya ini merupakan entri pertama blog Kid pada awal tahun 2010. Buat pengetahuan anda semua, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Kid mengambil keputusan untuk bercuti bersama rakan-rakan di Kota Keriangan  (Kat mana tu? Baca artikel ni sampai habis dulu ye.Hehehe.). Sebenarnya Kid memang dah lama merancang nak pergi bercuti tapi masa dan wang tidak mengizinkan Kid untuk berbuat demikian. Percutian ni pun telah disponsor oleh seorang rakan Kid yang hensem dimana kos hotel adalah 100% percuma (Thanks a lot bro! U are the best!)


(Milo panas adalah pilihan terbaik jika anda kesejukan!)

Balik je dari Kota Keriangan tu, perasaan Kid punyalah hampa kerana tidak dapat bercuti lebih lama memandangkan banyak projek yang perlu diuruskan pada tahun 2010 ini. Sebaik sahaja Kid sampai rumah, Kid terus cium Asus F50 kerana rindu yang teramat sejak meninggalkan dia selama 3 hari berturut-turut. Maafkan daku Asus F50! :)

Perkara biasa yang Kid lakukan selepas turn on laptop ialah melihat berapa banyak email yang masuk dalam akaun Yahoo Mail Kid. Punyalah tak best sebab Kid banyak dapat email SPAM daripada sape ntah. Tapi yang amat menyeronokkan Kid ialah beberapa projek Kid telah diterima. Alhamdulillah, mungkin bulan ni dapat sambar satu lagi laptop untuk dibawa berjalan-jalan. Maklumlah, Asus F50 ni besar sangat, tak larat ohh nak bawak jalan-jalan.

Okay-okay, balik pada topik. Sebenarnya lepas Kid dapat tahu yang projek Kid telah dipersetujui, tiba-tiba perasaan Kid berubah menjadi malas gila untuk memulakan tindakan pertama. Tak tahu kenapa Kid tiba-tiba boleh jadi camni. Biasanya kalau ada projek mesti Kid terus buat sampai siap. Tapi kali ni jauh berbeza. Adakah ini disebabkan Kid cuti terlampau lama sampai produktiviti menurun dengan mendadak?

Suddenly (Cheh..speaking plak), Kid teringat satu perkara yang Kid biasa lakukan bila Kid rasa malas gila nak buat kerja. Teknik ini dapat memberikan hasil yang memuaskan bila korang pun rasa malas dan ia berkait rapat dengan cara pernafasan korang. 

Apa yang korang perlu lakukan ialah tarik nafas korang sedalam-dalamnya dalam masa 10 saat dan hembuskan secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 5-6 kali sampai korang rasa lega gila. Jangan lupa juga untuk tutup mata bagi mengekalkan konsentrasi dalam lakukan teknik ini.

Pastikan korang cuba teknik ini dan kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen yang disediakan ye.

P.S: Jawapan kota keriangan: Genting Highlands (Kid rasa korang memang dah tau pun kan? kan?)