Friday, January 8, 2010

Hari jumaat yang menenangkan..Alhamdulillah

Pertama sekali, Kid ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Allah S.W.T kerana mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada insan yang lemah bernama Muhammad Aqif bin Azizan serta memperkenalkan seorang lagi insan yang membantu Kid dalam merealisasikan impian Kid untuk menjana pendapatan melalu blog iaitu saudara Rohaizad bin Jumat.


Kid harap perkongsian Kid pada hari Jumaat ini amat bermakna untuk para pembaca semua. Kid merupakan seorang pelajar yang menuntut di kolej yang agak tinggi yuran pembelajarannya dimana Kid belajar disana bukanlah untuk menunjukkan Kid ini orang yang "berada". Sebaliknya Kid ingin mendapatkan ilmu pengetahuan yang selama ini Kid gila-gilakan iaitu Multimedia. Kid amat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua belah ibu bapa Kid yang sanggup melepaskan Kid daripada UiTM Melaka semata-mata ingin lihat Kid menuntut ilmu yang Kid minati selama ini. I love both of you so much!!!

Sehingga hari ini, Kid rasakan bahawa jasa mereka tidak dapat Kid balas kerana wang yang mereka peruntukkan untuk membiayai pelajaran Kid bukanlah sedikit. Kid tahu kos tersebut mampu menghadiahkan sebuah Myvi SE berwarna hitam (Sempat lagi berlawak nih..Haha). Namun, Kid lebih gilakan ilmu dan akan terus mencarinya sehingga tamat riwayat Kid. Mungkin ini jalan yang Allah S.W.T telah tetapkan dan Kid tetap bersyukur dan akan terus mengharunginya.

Sebagai seorang anak, Kid juga mempunyai cita-cita untuk memberi kesenangan pada kedua belah ibu bapa Kid pada suatu hari nanti dan Kid percaya Kid mampu lakukannya. Sebab itu Kid sanggup melabur wang Kid untuk membina sebuah perniagaan dimana Kid percaya perniagaan ini mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga Kid. Terus terang Kid katakan bahawa wang yang diperoleh ini bukanlah untuk Kid semata-mata, tetapi ia untuk masa depan Kid sekeluarga dimana Kid ingin lihat terpancar senyuman daripada kedua belah ibu bapa Kid apabila melihat anaknya bukan sahaja mampu berdikari, malah sudah mempunyai peruntukan untuk memberi kesenangan pada keluarga.

Bagi Kid, genggam bara api biar sampai jadi arang. Biar apapun cabaran yang datang, akan Kid harunginya dengan kesabaran dan kepercayaan. Semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang insan yang berguna. Ingatlah, wang itu sekadar material sahaja. Jangan biarkan ia "mengawal" kita. Sebelum Kid mengakhiri entri ini, ingin Kid menyatakan bahawa Kid amat menyayangi Azizan bin Zakaria dan Rosilawati binti Darus! Oh!

2 comments:

  1. btl tu, jgn cepat mudah mengalah..smoga maju jaya bro

    ReplyDelete
  2. Thanks bro. Bro pun sama. Jangan lupa untuk terus berhubung bagi merapatkan hubungan silaturahim..Insyaallah. :)

    ReplyDelete