Thursday, January 7, 2010

3 Hari Tempoh Merana...

Kid yakin korang pasti terkejut dengan tajuk post diatas kan? Haha. Buat pengetaahuan korang semua, sebenarnya Kid dah demam sebanyak 3 hari berturut-turut. Ramai jugak la kawan-kawan Kid yang prihatin (Thanks all!) suruh Kid pergi klinik untuk buat medical checkup. Diorang kata kalau demam lama sangat tak elok oh...Tapi sebelum ni Kid demam seminggu takde hal pun (Ececehh...)

Tapi tengah-tengah demam pun Kid sempat siapkan satu lagi projek laman web dan sekarang tengah menunggu $$$$ masuk je. Alhamdulillah..Kid sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah maha adil. Mesti ada hikmah disebalik Kid demam ni. Mana taknya, tiba-tiba je idea Kid mencurah-curah untuk buat design dan tempahan yang Kid dapat pun bukan main banyak lagi. Cuma bila sampai bahagian penulisan / blogging, Kid rasa agak lemau sebab tak dapat nak feel sepenuhnya. Haha! Sebab tu blog AqifStrategi.com tak dapat nak diupdate sehingga kini.

Nampaknya setelah Kid memberitahu rakan-rakan tentang "menjana pendapatan melalui blog", ada yang telah menghubungi Kid untuk menyuruh Kid membuat personal coaching dan seminar. Maaf ye rakan-rakan sebab buat masa ni Kid masih lagi tak bersedia lagi untuk semua tu. Bahkan Kid sebenarnya masih baru lagi dalam bidang ni. Lainlah kalau korang nak suruh Kid buat seminar tentang pemasaran dan perniagaan internet. Insyaallah takde hal.

Oklah geng. Rasanya dah tiba masanya untuk Kid berhenti berceloteh sebab badan ni pun dah rasa suam-suam je. Kalau tidur sumpah pening gila bila bangun nanti. Nampaknya kena makan ubat sambil tengok movie-movie best di Astro je la jawapnye. :(

2 comments:

  1. dah ada org seru tuh suh wt seminar :D

    siapa kata belum bersedia?

    bakat perlu diasah bukan menentu ia datang sendiri, kita perlu bina dengan sendiri

    ReplyDelete
  2. Hehe..Terima kasih atas semangat yang diberikan. Bukan apa, sekarang agak sibuk dengan beberapa projek.

    Mungkin kita boleh bekerjasama untuk berseminar? :)

    ReplyDelete