Sunday, January 3, 2010

Anda Rasa Malas? Bosan? Tak Larat? Maka Baca Tips Ni!

Nampaknya ini merupakan entri pertama blog Kid pada awal tahun 2010. Buat pengetahuan anda semua, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Kid mengambil keputusan untuk bercuti bersama rakan-rakan di Kota Keriangan  (Kat mana tu? Baca artikel ni sampai habis dulu ye.Hehehe.). Sebenarnya Kid memang dah lama merancang nak pergi bercuti tapi masa dan wang tidak mengizinkan Kid untuk berbuat demikian. Percutian ni pun telah disponsor oleh seorang rakan Kid yang hensem dimana kos hotel adalah 100% percuma (Thanks a lot bro! U are the best!)


(Milo panas adalah pilihan terbaik jika anda kesejukan!)

Balik je dari Kota Keriangan tu, perasaan Kid punyalah hampa kerana tidak dapat bercuti lebih lama memandangkan banyak projek yang perlu diuruskan pada tahun 2010 ini. Sebaik sahaja Kid sampai rumah, Kid terus cium Asus F50 kerana rindu yang teramat sejak meninggalkan dia selama 3 hari berturut-turut. Maafkan daku Asus F50! :)

Perkara biasa yang Kid lakukan selepas turn on laptop ialah melihat berapa banyak email yang masuk dalam akaun Yahoo Mail Kid. Punyalah tak best sebab Kid banyak dapat email SPAM daripada sape ntah. Tapi yang amat menyeronokkan Kid ialah beberapa projek Kid telah diterima. Alhamdulillah, mungkin bulan ni dapat sambar satu lagi laptop untuk dibawa berjalan-jalan. Maklumlah, Asus F50 ni besar sangat, tak larat ohh nak bawak jalan-jalan.

Okay-okay, balik pada topik. Sebenarnya lepas Kid dapat tahu yang projek Kid telah dipersetujui, tiba-tiba perasaan Kid berubah menjadi malas gila untuk memulakan tindakan pertama. Tak tahu kenapa Kid tiba-tiba boleh jadi camni. Biasanya kalau ada projek mesti Kid terus buat sampai siap. Tapi kali ni jauh berbeza. Adakah ini disebabkan Kid cuti terlampau lama sampai produktiviti menurun dengan mendadak?

Suddenly (Cheh..speaking plak), Kid teringat satu perkara yang Kid biasa lakukan bila Kid rasa malas gila nak buat kerja. Teknik ini dapat memberikan hasil yang memuaskan bila korang pun rasa malas dan ia berkait rapat dengan cara pernafasan korang. 

Apa yang korang perlu lakukan ialah tarik nafas korang sedalam-dalamnya dalam masa 10 saat dan hembuskan secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 5-6 kali sampai korang rasa lega gila. Jangan lupa juga untuk tutup mata bagi mengekalkan konsentrasi dalam lakukan teknik ini.

Pastikan korang cuba teknik ini dan kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen yang disediakan ye.

P.S: Jawapan kota keriangan: Genting Highlands (Kid rasa korang memang dah tau pun kan? kan?)

2 comments:

  1. Cis sama skali. Saya memang dah tau Kota Keriangan tu apa dia, heheh. Jalan dia port saya melempiaskan nafsu saya terhadap motosikal saya di era mat rempit dulu, heheh.

    Dulu punya citer la, sekarang dah insaf.. sbb dah tgk kawan tergolek dpn mata. nasib baik tak mati.. patah-patah riuk je.

    Tips yg sedap dan bagus untuk dipraktikkan. Jauh berbeza dgn apa yg saya amalkan.
    1 - Tarik nafas dalam-dalam
    2 - cari kotak Dunhill
    3 - Ambil sebatang, nyala... fuh...
    4 - Sambung kerja balik~

    Adik-adik, jgn ikut pedoman yg tak baik ni ya, heheh~ :D

    -shafrizal azmi-

    p/s - skrg baru terhegeh-hegeh nak berenti merokok.

    ReplyDelete
  2. Tips yang saudara amalkan itu agak "merbahaya". :D

    p/s: berhenti merokok adalah niat yang baik, melakukan tindakan adalah perkara yang mulia. :)

    ReplyDelete