Sunday, January 10, 2010

Belum cuba belum tahu..Sudah cuba? Then bagilah tahu.

Pada lewat malam semalam Kid terima email daripada seorang member Kid untuk bermain futsal di Shootout (terletak dalam kawasan Segambut). Pada awalnya Kid rasa cam taknak main je memandangkan demam ni kejap on off je. Tapi bila fikir-fikir balik, memandangkan Kid dah lama tak bersukan, apakata Kid main futsal tu untuk bagi Kid berpeluh sikit. Haha..cara Kid cakap macam terer gila kan main futsal? Padahal sepak bola pun selalunya "ke laut" je cam korang semua. (Ooops! haha.)

Entri kali ini Kid akan lebih tekankan kepada salah satu sifat manusia yang melambatkan proses pematangan mereka dalam kehidupan iaitu takut untuk mencuba. Oh, sesungguhnya sifat ini amat membahayakan kita semua kerana kita selalunya banyak cakap daripada bertindak. Betul tak? Jangan nak tipu Kid la. Sebab Kid sendiri camtu masa kecik-kecik. (Ecececehh...konon sekarang dah matang la ye?)

Macamni, sebenarnya idea Kid untuk menulis entri ini terdetik apabila salah seorang hamba Allah S.W.T ni bertanya kat Kid:

"Banyak betul benda yang kau buat Kid. Tak takut gagal ke?"

Sebenarnya soalan seperti diatas memang banyak kali diajukan cuma kali ni terdetik hati Kid untuk menyuarakan isi hati Kid kepada korang semua. Bagi Kid, tidak salahnya jika kita mencuba. Sebab untuk umur macam Kid ni (Tahun ni dah 20..Aiyarkk) Kid rasa masih banyak yang perlu Kid belajar dan lalui. Tenaga Kid juga masih banyak untuk melakukan pelbagai perkara. Tapi apa yang paling penting ingin Kid nyatakan disini ialah Kid langsung tak pernah menyesal dengan apa yang Kid lakukan. Kenapa ye? Meh baca entri ni sampai habis.

Para pembaca yang dihormati, pernah tak korang terfikir sejauh mana korang hargai setiap detik masa dalam kehidupan korang? Adakah ia banyak dihabiskan dengan perkara yang berfaedah seperti melepak, merempit dan sewaktu dengannya? Kalau perkara seperti itulah yang sering korang lakukan dalam hidup, ia bermakna korang sebenarnya langsung tidak menghargai erti kehidupan korang.

Mungkin entri ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti "Kenapa orang Melayu sering berada di comfort zone dan sebagainya..". Tapi Kid taknak fokus ke arah tu. Sebab apa? Kid tahu sangat hati dan perasaan orang Melayu ni. Pantang ditegur..Mula la mengamuk tak tentu pasal. Pastu yang paling bestnya budi bahasa terus hilang bila mengamuk. Bukan niat untuk mengutuk, tapi sebagai pengajaran terhadap diri sendiri jugak.

Bagi Kid, daripada korang menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah tu, lebih baik korang buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Maksud Kid disini ialah mungkin korang boleh cuba berniaga. Cakap pasal berniaga ni pulak, ramai yang berfikiran negatif macam:

"Aku tak tahu la nak berniaga"
"Malas la nak berniaga"
"Ala...aku tengok kau berniaga tak kaya-kaya pun"
dan banyak lagi..Ohoho!

Sebab tu la banyak perkara yang membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya. Salah satunya ialah "mindset" mereka sendiri. Sebab tu la Kid tekankan supaya anda harus berani mencuba. Eh..kalau SKIM CEPAT KAYA tu bukan main laju lagi korang join. Apa kes? Siap kutuk Kid balik bila Kid cuba perbetulkan keadaan. Lepas tu bila dah kantoi, semua senyap dan bagi alasan yang munasabah (Dah nama pun alasan kan? Biasalah..).



Jadi, bagi para pembaca terhormat Kid. Janganlah korang takut untuk mencuba. Sesungguhnya setiap tindakan yang korang lakukan itu akan membawa korang ke dimensi kehidupan yang baru. Dengan kata lain ia dapat mematangkan korang. Sekurang-kurangnya takdela korang rasa menyesal di kemudian hari. Bagi anda yang rasakan tiada orang menyokong anda untuk melakukan sesuatu, sebenarnya inilah salah satu tujuan utama Kid tubuhkan blog yang sempoi lagi bersahaja ni iaitu membantu rakan-rakan Kid untuk mencipta kejayaan dalam diri mereka. Salam hormat dan selamat mencari rezeki di hari Ahad yang mulia ini. :)

4 comments:

  1. Salam Kid..

    Just nak luahkan sedikit ape yang terpendam dihati nurani yang suci murni ini. Ececehh. Ayat nak best je.:p

    Camni, Juan pun sependapat dengan Kid sebenarnya. Sekarang ni ramai anak2 muda yang suka membuang masa dan tenaga muda mereka dengan perkara2 tak berfaedah.

    Ramai juga anak2 muda remaja baya2 kita ni yang terlibat dengan gejala sosial. Tu yang paling Juan tak suke dengar atau baca di mana2. Yang salalu dihebohkan media massa.

    Cerita pasal skim cepat kaya pula. Juan sendiri secara jujurnya pernah terlibat dengan skim yang camni. Tapi tak kaya pun. hurm. Buat abis duit je. Jadi, kepada pembaca yang lain ingat2lah. Sebab takde orang boleh kaya dengan goyang kaki. Kecuali dengan keajaiban dan kuasa Allah SWT.

    Haha. Sori la Kid, panjang pula Juan tulis. Dah bole wat entri baru ni. Haha.
    Salam sayang kepada semua. :)

    ReplyDelete
  2. yeah
    btol ckp norazwan jalil
    ramai remaja yang selalu membuang masa
    dan enjoy clubbing guna duit mak bapak
    kalau guna duit sendri ok la :p
    ada entri tntg bahasa melayu
    http://hasbulaqill.com/perniagaan-internet/perkasakan-ekonomi-melayu-untuk-perniagaan-2010/

    ReplyDelete
  3. Oh Juan. Alangkah best kalau setiap pembaca macam anda. Baru semua dapat luahkan isi hati yang terpendam. :)

    p.s: pasal skim cepat kaya. don't worry, Kid pun cakap berdasarkan pengalaman Kid juga. (Hahaha..paham2 la ye)

    ReplyDelete
  4. Aqill: Baik guna duit untuk buat blog dot com sendiri. Betul tak? :)

    ReplyDelete