Wednesday, December 30, 2009

Betapa pentingnya penggunaan bahasa di blog anda

Cuaca yang memang panas terik hari ini telah membuatkan Kid rasa agak tertekan untuk pergi ke kolej membayar yuran pengajian. Mana tidaknya, kalau Kid naik kereta ok lagi kot (Tapi tengok muka manusia dalam kete pun tension..Hehe). Sekurang-kurangnya diorang dapat merasa aircond dan dengar radio dalam kereta bagi menghilangkan rasa tension tu.



Perjalanan dari rumah Kid ke Kota Damansara mengambil masa selama 45 minit jika Kid menggunakan motor Wave 100R kesayangan Kid. Buat pengetahuan para pembaca, Kid bukanlah mat rempit sejati, lebih-lebih lagi baru je lepas elok dari eksiden motor beberapa bulan lepas. Sekarang kalau korang nampak Kid bawak motor pun macam nak taknak je bawak. Hehe. Fobia punya pasal.

Berbalik pada tajuk entri kali ini, Kid ingin berkongsi sedikit kenapa Kid selalu menekankan penggunaan bahasa di blog anda tidak kira anda menggunakan blog dot com sendiri atau blog percuma macam blog Kid ni. Bagi anda yang membaca entri ini, Kid nak bagi sedikit peringatan agar anda tidak salah faham dengan maklumat yang ingin Kid sampaikan. Mungkin ada diantara maklumat tersebut bercanggah dengan pendapat anda, tapi sebenarnya Kid tak berapa kisah pun sebab semua orang berhak menyuarakan pendapat mereka.

Penggunaan bahasa di blog merupakan satu perkara yang subjektif untuk dibincangkan kerana ia lebih menjurus pada keselesaan pemilik blog untuk berinteraksi dengan pembacanya. Sebagai contoh, Kid lebih selesa menggunakan ayat "Saya", "Anda" serta "Kid" sendiri kerana penggunaan bahasa tersebut amat sesuai untuk berkomunikasi dengan pelbagai golongan umur.

Ia juga bergantung pada jenis dan tujuan blog anda diwujudkan. Mungkin ada segelintir yang mewujudkan blog untuk melepaskan tension setelah penat bekerja, bersekolah dan macam-macam lagi. Bagi Kid, blog seperti ini tidak perlu menekankan penggunaan bahasa sangat kerana ia sememangnya bukan untuk tatapan umum.



Nak dimudahkan cerita, bagi anda yang mahu mula berblogging, fikirkan sedalam-dalamnya bagaimana anda ingin berkomunikasi dengan para pembaca. Kid sarankan agar anda memiliki nama pena sendiri agar ia mudah diingati oleh para pembaca anda. Lihat sahaja blog bloggers tegar Malaysia seperti Rohaizad.com, JustKhai dan RedMummy. Masing-masing menggunakan nama mereka yang tersendiri bagi mewujudkan "brand" dan "identiti" mereka.

Semoga entri ini menjadi sebuah maklumat yang bermakna buat anda. Saranan Kid ialah, jika anda baru sahaja hendak mula berblogging. Buat dahulu personal blog menggunakan blogspot.com dan sebagainya. Ia bertujuan untuk membiasakan diri anda apabila menggunakan domain dot com sendiri kelak.

No comments:

Post a Comment