Thursday, December 31, 2009

Facebook Menjahanamkan Kehidupan Anda?

Hari ni Kid bangun dengan senyuman yang agak manis kerana keadaan semakin beransur pulih. Kalau para pembaca semua nak tahu, semalam Kid mengalami selsema yang agak kritikal. Tak habis-habis soksek je, sampai naik merah hidung ni cam hidung McDonald. Hehe. Namun atas berkat dan kekuasan-Nya, Kid mengambil keputusan untuk makan dua biji pil ubat yang dinamakan Clarinase. Sekali tengok ubat ni macam mentos pun ade. Tu yang tak kesah je nak telan. Hehe. Sebab Kid ni kalau bab ubat ni memang agak choosy sikit. Nak-nak kalau dibaginya pil. Ye la, makan pil ni pun bukanlah elok sangat sebenarnya kan?

Dalam entri kali ini Kid ingin berbincang sedikit dengan anda mengenai laman social networking yang paling famous di dunia iaitu tak lain tak bukan Facebook. Buat pengetahuan anda, dulu Kid adalah pengguna tegar MySpace. Namun atas beberapa kesilapan yang telah MySpace lakukan dimana semakin hari semakin semak je Kid tengok MySpace ni (Tak tau pesal..Tapi rasa semak gak..Hehe).



Selepas Kid beralih arah ke Facebook, rasanya tahap ketagihan berFacebooking ni makin menjadi-jadi. Kid rasa para pembaca yang menjalankan perniagaan internet pun akan mengalami perkara yang sama iaitu banyak membuang masa di Facebook. Sehari tu kalau Kid tak bukak Facebook, memang tak sah walaupun Kid ni bukanlah golongan-golongan artis yang perlu melayan peminat mereka. Kid pun tak tau apa yang special sangat kat Facebook ni sampai produktiviti Kid menurun semenjak dua menjak ni dimana ia adalah kurang menyeronokkan kerana bila produktiviti menurun, income pun ikut turun sama. Yela, Kid ni bukannya bekerja dengan orang. Kena berusaha sendiri kalau nak cari duit. Tapi kalau ada yang diantara pembaca ni nak hulurkan sedikit bantuan kewangan pun apa salahnya (Ecece...Gurau je).

Kid mungkin akan berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan Facebook menjahanamkan anda bila ada masa yang terluang. Apa yang paling penting sekarang ialah Kid nak tahu apa masalah yang anda alami (bagi yang dah ada akaun Facebook) ketika menghabiskan masa-masa "emas" anda di laman social networking ni? Mana tau kita ni ada sedikit sebanyak persamaan ke? Hehe

6 comments:

  1. FB is pretty well-used these days..
    and yeah, it can cause problems in life if misused..
    or rather some ppl are just sensitive, that's all.. =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. wah..sama la kita..FB ni agak melalaikan (bg aku la)..kt opis x buat keje walau[un bertimbun keje (so, byk keje yg tertangguh), kt rumah sampai lupa nk tertangguh nk baca ebook yg baru dibeli (sgt2 bernilai ebook ni untuk newbie mcm aku) tu je kot..
    tapi aku je kot yg mcm tu, org lain x..org lain mggunakan FB dgn betul..ke arah yg bermanfaat..:)
    www.1million4u.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian anda. Terus terang saya katakan Facebook akan dapat memberikan manfaat jika ia digunakan dengan cara yang betul.

    Hal ini akan dibincangkan pada masa akan datang. Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan Becky, FB tak melalaikan. Jika masa yang diluangkan di FB itu bertujuan. Dalam pemasaran ada soft sell ada hard sell.

    Tapi kalau masuk FB sekadar nak jawab komen, itu memang rugi. Terpulang kembali kepada orang yang menggunakan FB

    Blog boleh jadi melalaikan kalau sekadar tunggu chat masuk dari chatbox. Atau bertegang lidah mengirimkan pendapat.

    Same goes to FB.

    Tapi, FB juga ada banyak fungsi yang boleh digunakan oleh para blogger. Fungsi group membolehkan komuniti yang kukuh diwujudkan

    Macam Bex, saya guna FB untuk bina storan data dan kajian sendiri. ;) FB provide me idea spontan para sahabat. :D

    Tapi kalau masuk FB semata-mata main game, memang tak ar~

    ReplyDelete
  5. Pandangan dan perkongsian yang bernas. Terima kasih Cik Puan Becky. :)

    ReplyDelete