Monday, January 18, 2010

Idea gila untuk orang gila sahaja? Fikirkan kembali..

Hari ini merupakan hari yang agak "gila" bagi Kid kerana Kid masih lagi tidak dapat melelapkan mata kerana begitu teruja dengan miting Secret Story di Learning Station. Perkongsian oleh Tuan Shamsuddin Kadir dan para  ahli jawatankuasa Secret Story benar-benar membuka minda Kid dari pelbagai aspek. Kid sendiri tidak sangka bahawa idea-idea yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir begitu "gila" sehinggakan Kid rasa agak geram kerana mengapa unsur-unsur ini tidak ditunjukkan pada Kid masa muda-muda dulu. (Ecehh!!)



Kid sebagai salah seorang "orang kuat" untuk program Secret Story ini amat berterima kasih kepada Cik Puan Becky dan Waida kerana memberi kepercayaan kepada Kid untuk bersama-sama menjayakan program ini. Insyaallah kami sedang merancang untuk melanjutkan program ini di peringkat aras laut (oversea..haha!).

Dari sini Kid dapat lihat dan alami sendiri bahawa "duit bukanlah segala-galanya" kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk kepuasan diri kami sendiri sambil menerapkan unsur-unsur yang bermanfaat pada orang lain. Kid mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana wujudnya program seperti ini yang berpandukan objektif mendidik anak bangsa berdasarkan gabungan AWARENESS + SKILL.




Jadi? Jangan lupa untuk hadirkan diri di Secret Story pada hari Sabtu ini. Sebarang pertanyaan sila isikan ruangan komen dibawah dan Insyaallah Kid akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan dengan segera.

P.S: Kid baru sahaja dapat berita yang menyayat hati dimana bapa rakan Kid (Zubair bin Asrin) baru sahaja meninggal dunia. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah..

4 comments:

  1. Rasanya anda silap..

    Jawapan sebenar..SANGAT BEST!

    ReplyDelete
  2. Haha. Kid betul.

    Dan saya secara peribadi sangat suka ayat ini :

    "Dari sini Kid dapat lihat dan alami sendiri bahawa "duit bukanlah segala-galanya" kerana apa yang kami lakukan ini adalah untuk kepuasan diri kami sendiri sambil menerapkan unsur-unsur yang bermanfaat pada orang lain. "

    ReplyDelete