Monday, January 11, 2010

SEGi University College, Here I Come!

Jam menunjukkan pukul 6:13 pagi pada waktu Kid ingin mula menulis entri ini. Sebenarnya Kid tak tidur lagi kerana sibuk menyiapkan beberapa "tugas penting" untuk blog Kid. Lepas ni juga Kid akan terus bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa perkara penting untuk perancangan home tutor Kid tak lama lagi. Ini berikutan Kid ada menggunakan kaedah secara online untuk mendidik pelajar-pelajar UPSR kita. Yeehaw! Best nye dapat mengajar budak-budak kecik + comel. (Cheh..tak sedar diri kau tu dah tua Kid)

Hari ini juga merupakan hari yang menyeronokkan buat Kid kerana semester baru bermula. Oh rakan-rakan kolej Kid, korang tak rindu Kid ke? (cheh!) Kid dengar khabar dari seorang rakan Kid bahawa taklimat baru akan bermula pukul 2 petang. Aiseymen, lame gile nak kena tunggu. Jadi, Kid rasa daripada Kid buang masa melayan PES 2010 (Baru beli ohh!), baik Kid siapkan tugasan-tugasan untuk home tutor Kid. Berbaloi-baloi..

Kid harap semester baru ini bakal menjadikan seorang insan yang lebih baik dalam pendidikan. Yela, ibu dan ayah kita penat-penat bekerja semata-mata nak menanggung yuran kolej (Mahal plak tu..Siot tol kolej ni. Haha), kita senang-senang je nak hampakan diorang. Jangan korang lupa bahawa what goes around comes around. Mana tahu satu hari nanti korang dah ada anak, diorang pulak yang wat hal camtu. Takkan korang nak marah sebab korang sendiri pun pernah buat perkara yang tak elok dekat mak bapak korang. Tak gitu?

Rasanya Kid tak larat nak tulis berjela-jela sebab otak Kid sendiri dah lesu. Kalau dah lesu, maknanya kena layan Milo Fuzz...baru nikmat! Bagi rakan-rakan perempuan Kid di kolej tu, jangan la cakap Kid sombong. Kid sebenarnya pemalu orangnya. Kat blog je nampak macam sosial. (Ahaks!)

P.S: TechKids Solution mungkin memerlukan beberapa protege yang ingin belajar teknik pembelajaran BTL. (Ha..nak tau ape tu? Nantikan RESUME Kid tak lama lagi..Insyaallah) :)

5 comments:

  1. Saya nak 'test drive' BTL learning theory tu. Boleh? :)

    p/s : Saya pelajar jurusan pendidikan, jadi testimonial saya tentu berkesan untuk produk Kid. :D

    ReplyDelete
  2. Jfok: Thanks dude! :)

    Glory Becky: Sebenarnya memang saya memang mahukan anda sebagai salah seorang protege. Hehe :)

    Nantikan email seterusnya

    ReplyDelete
  3. Bagus. :p Saya ada seorang pelajar tingkatan dua dan seorang pelajar darjah lima boleh jadi bahan ujikaji juga. :)

    ReplyDelete
  4. Wah. Peluang yang tidak seharusnya saya lepaskan.

    ReplyDelete