Tuesday, January 19, 2010

Tanggungjawab sebagai seorang pelajar

>2 hari ini merupakan hari yang agak meletihkan buat Kid kerana waktu pembelajaran sebenar sudah bermula di kolej. Secara jujurnya Kid memang tak rasa bosan belajar di SEGi University College Damansara sebab kawan-kawan Kid dan seorang lecturer yang "sempoi" ada kat sana. (Oh pensyarah..lepas ni bagi Kid DISTINCTION untuk subjek-subjek Kid kayh? Haha).

Sebagai seorang pelajar..Kid akui memang agak sukar untuk bahagikan masa belajar dan bekerja. Yela..kadang-kadang korang pasti akan rasa tak cukup masa sedangkan Allah S.W.T dah kasi 24 jam untuk korang hidup dalam dunia ni. Sebenarnya terpulang untuk diri anda sendiri bagaimana untuk memberi keselesaan kepada diri. Macam Kid sendiri, waktu malam memang Kid akan duduk rumah untuk bekerja. Melainkan Kid memang betul-betul tak free, Kid akan pegi ke GSC One Utama untuk melepaskan tension.


Adakah para pembaca blog ini masih melanjutkan pelajaran?
Sambil Kid menaip untuk entri ni. Hati Kid tertanya-tanya adakah para pembaca blog ini masih lagi menyambung pelajaran atau sudah bekerja. Sukacita Kid maklumkan memang Kid nak tau sangat sebab apa korang sambung belajar. Yela..ada sesetengah orang sambung belajar pasal memang dia yang nak. Ada yang pasal mak bapak paksa. (Oh..tak bestnya! Haha).

Kid akan mengharungi kelas terakhir untuk minggu ni pada esok hari kerana Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad jadual pembelajaran Kid memang takde. (Best oh! Tapi pada masa yang sama bosan jugak). Aik...nape Kid cakap bosan? Adakah disebabkan awek-awek yang berada di SEGi? Hohoho! Tidak sama sekali. Buat pengetahuan korang, di kolej juga tempat Kid menjadi orang yang agak "gila-gila" bersama rakan-rakan kelas Kid. Jadi bila waktu takde klas tu, camne nak jadi gila-gila? Jadi orang gila boleh la. Haha!

Okaylah, malam ni Kid nak kena beli-beli barang preparation untuk subjek esok. Asyik terlupa je..Lama-lama memang tak beli la jawapnye. Plus hari ni juga dapat cek daripada company Kid yang bernilai ratusan ringgit (Alhamdulillah..Ha..Apelagi? Bagi no korang, meh Kid belanja makan. Haha!).

4 comments:

  1. Ha! No telefon saya Kid. 012- :))

    ReplyDelete
  2. Eh belum jawab soalan Kid la...

    Belajar sambil bekerja memang memenatkan. Saya dah amalkan gaya hidup ini sejak empat tahun yang lepas. Ini tahun kelima. :)

    Bila orang tidur, kita bekerja. Orang bangun tidur, kita pergi kelas. Untuk saya, orang pergi jalan-jalan hujung minggu, saya ke kuliah.

    Memang cabaran. Tapi syok.

    Saya belajar sebab saya nak belajar soft skill kat Universiti. CGPA memang penting, tapi hmm..kadang-kadang kepuasan masa buat tugasan, kajian, cabaran menyusup keluar kelas waktu kuliah (jangan tiru) lebih menyeronokkan. :D

    Mungkin sebab mentaliti saya yang tak mahu kerja dengan orang, jadi Universiti ialah tempat saya bereksperimentasi dengan diri sendiri, orang lain dan persekitaran. :)

    ReplyDelete
  3. Gua nie pun belajar sambil kerja..byk cabaran woo...

    ReplyDelete
  4. Becky: Anda sungguh hebat! :)

    Mr Kamikaze: Betul, betul. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu menempuh cabaran seperti ini.

    ReplyDelete