Sunday, January 10, 2010

Stesen Radio Online Pilihan Korang?

Hari ini merupakan hari yang agak best kerana ibu Kid bawa Kid pergi jalan-jalan di Selayang Mall. Haha..Mungkin ada diantara korang akan cakap Kid anak manja. Oh...kalau nak tahu memang Kid ni anak manja. Nak tanya sikit, teruk sangat ke kalau bermanja-manja dengan ibu sendiri? Seorang insan yang sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka? Kid sendiri pernah tengok ada anak-anak malu nak jalan ngan mak bapak diorang kalau kuar jalan-jalan.

Ternyata golongan anak-anak tersebut memang tidak tahu menghargai setiap saat bersama ibu-bapa diorang. Cuba bayangkan kalau diorang dah takde satu hari nanti, masa tu lah korang terkial-kial dan menyesal tak sudah. Well...time tu Kid akan nasihatkan supaya takyah la nak menyesal. Dulu masa diorang ada korang wat tak endah, sekarang bila takde baru nak menyesal. Its too late..to apologize (Cheh...One Republic pulak. Haha)

Orait..entri kali ini Kid nak berkongsi sedikit pengalaman Kid untuk merasa santai ketika buat sebarang kerja termasuklah berblogging. Mungkin perkongsian ini dapat memberikan korang inspirasi. Siapa tahu kan? Insyaallah. Buat pengetahuan korang, sehingga hari ini Kid sentiasa menggunakan kaedah "mendengar radio online" semasa buat kerja. Ini termasuklah radio internet Malaysia yang hangat masa kini iaitu FuhyooFM yang dipelopori oleh golongan Internet Marketers dan Bloggers tanah air.



Tapi entri ni bukan bertujuan untuk promote stesen radio FuhyooFM. Kid sebenarnya lebih banyak layan online radio di TechnoFM. Ha..mesti korang ingat Kid budak-budak clubbing kan? Hahaha! Of course not. Cuma lagu-lagu diorang ni memang Kid suka layan. Nak-nak kalau ada beat yang macam binaural beat (kalau korang tak tau maksud dia, cari kat Google).

Oleh sebab lagu-lagu techno, house dan trance ni tak banyak sangat orang menyanyi (takde vocalist). Kid rasa tenang untuk buat kerja. Tapi kadang-kadang tu bergerak la jugak segelintir anggota badan ni sebab beat best sangat. Haha..korang jangan bayangkan. Sure tergelak punye. Ahaks!

Kesimpulan yang Kid ingin beritahu ialah layan lagu sambil berblogging itu best. Terutamanya time korang tengah buntu macam Kid sekarang (banyak niche blog tak update lagi..oh!). Jadi, bagi korang yang mendengar stesen radio online, meh la share-share ngan Kid. Sebelum tu pastikan lagu korang tak berunsurkan dangdut, black metal dan sewaktu dengannya. Sure Kid akan wat bodoh je. Hehe.

2 comments:

  1. Salam sejahtera..

    Mama,ibu,mummy dan ummi. Itulah gelaran untuk orang yang telah bersusah payah mengndung dan melahirkan kita. Insan yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan kita.

    Orang tu jugak la yang jaga dan didik kita sejak dari dalam alam rahim lagi. Jadi, hargailah mereka. Bermanjalah dengan mereka seperti yang selalu saya lakukan dengan mama saya (Pn Jainurah Binti Harun).

    TQ MAMA..I Luv You so much..<3<3<3

    ReplyDelete
  2. I love u too Juan. Oh! Silap..Ibuku Rosilawati bin Darus. I love you so much ibu. :)

    ReplyDelete