Wednesday, January 13, 2010

Betapa jelasnya harapanku untuk berjaya

Entri kali ini mungkin mengingatkan kembali matlamat korang pada tahun 2009 dan awal tahun ini. Bagi yang rasakan bahawa entri ini agak serius, maaf la ye. Sebab Kid main bedal je taruk ikut hati Kid. Janji sedap didengar dan difahami...Serta mengejutkan. (Salah satu kelebihan untuk menarik perhatian pembaca..Yes! Korang baca gak! Haha).

Hari ini merupakan hari yang agak menjengkelkan bagi Kid kerana perasaan stress yang terselindung dalam diri Kid tidak dapat diatasi dengan jayanya. Maaflah rakan-rakan dan sahabat-sahabat ku di kolej yang mengatakan bahawa Kid agak lain hari ini. Mungkin disebabkan kitaran haid yang kian menjelma tidak lama lagi (Wehh!! Jangan caya plak statement tu..Acah je!! :D). Kid pun tak tau macammana nak terangkan kat korang perasaan tu. Tapi apa yang paling penting ialah Kid dah OK seperti sedia kala dan bersedia untuk menghadapi hari esok.

Walaubagaimanapun, bukanlah perkara ini hendak dibincangkan kerana perbincangan mengenai perasaan tidak akan ada pengakhirannya jika kita sentiasa meletakkan fokus pada masalah yang dihadapi, bukannya penyelesaian yang dikehendaki. Semua orang punya harapan sendiri dalam hidup ini betul tak? Begitu juga seorang insan yang bernama Muhammad Aqif bin Azizan atau lebih mesra dikenali sebagai Kid dalam blog ini.

Buat pengetahuan korang, bagi menjawab soalan-soalan yang sering diajukan seperti dua entri sebelum ini adalah berkaitan dengan harapan dalam hidup Kid. Kid akui setiap manusia berbeza dari setiap aspek yang boleh dinilai, namun persamaan kita adalah bagaimana kita menggerakkan minda kita terhadap sesuatu perkara samada positif atau sebaliknya.

Setiap perkara yang Kid lakukan, semuanya disebabkan dengan sebuah harapan. Sebab itulah wujudkan tema Akademi Fantasia - Satu HARAPAN, Satu Tujuan, Satu Destinasi (Cheitt....). Ini semua disebabkan harapan adalah sesuatu lumrah yang sentiasa ada dalam diri setiap manusia dalam memperjuangkan kehidupan mereka.

Persoalannya sekarang ialah sejauh mana usaha yang telah anda lakukan agar ia seiring dengan harapan yang anda inginkan? Adakah ianya berbaloi? Adakah ianya jelas menguntungkan? Jika ianya jelas, apakah perasaan yang bakal dihadapi oleh pihak sebaliknya? Adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya? Bagi Kid, jika usaha dan niat kita baik untuk melakukan sesuatu perkara, maka Allah S.W.T akan permudahkan perjalanan kita semua.

Kid tahu siapa diri Kid yang sebenarnya, Kid sedar apa yang Kid lakukan untuk peroleh sesuatu yang Kid inginkan. Cuma apa yang jelas membuntukan Kid ialah adakah kita perlu menyedarkan semua orang untuk memahami harapan yang kita inginkan? Sebab itulah entri ini ditulis supaya anda dapat berkongsi pengalaman anda bersama Kid dan para pembaca yang lain iaitu "Wajarkah kita menyedarkan harapan yang kita inginkan pada orang lain?".

P.S: Entri ini berkemungkinan besar berkait dengan kehidupan, percintaan dan komplikasi perasaan. Ia bergantung pada tahap anda menilai berdasarkan pengalaman anda. Terima kasih. :)

5 comments:

  1. insyallah.. kid, mision n vision dah jelas tuh..

    ReplyDelete
  2. Hi Kid,

    First thing, dont get stress. Dont get tangled up with emotion. Just get through it. Just get your work done. Experience the failure moment, rise up again, and continue your journey. :) Surprisingly enough to know that the process will occur again somewhere in the future.

    Perkara kedua (BM la plak). :D

    Pastikan apa yang Kid nak buat, untuk ALLAH, untuk diri Kid, keluarga Kid. Orang lain hanyalah ibarat stesen R&R kat lebuhraya. Mereka ada, tapi kita boleh 'ignore' mereka dengan meneruskan perjalanan.

    Kalau penat, take a break. Singgah R&R untuk 'refreshement'.

    Kita tak perlu sedarkan orang mengenai harapan kita. Yang penting ialah kita percaya dengan diri kita. Bila kita percaya dengan diri kita, suasana akan berubah. Hidup kita akan didampingi orang yang percaya dengan cita-cita dan harapan kita. Kita tak jelaskan pun, mereka akan faham.

    Apa sekali pun Kid, buatlah sesuatu untuk diri Kid. Sayangi diri Kid terlebih dahulu. Abaikan (bukan tak bertegur, bermusuh dan sebagainya) sesiapa yang tidak menyokong atau membantu.

    Learn, how to say NO and object.

    Stay bold in your line, and you gonna be ok.

    Live to inspired people. Remember?

    (^_^)B

    Last but not least, this is a damn nice book that you should read :

    1. Pandai Berfikir - Pn Ainon Mohd

    Senyum Kid. Somehow simple action shines up others life as well. :)

    ReplyDelete
  3. Tapi, perenggan ini buat saya pula fikir panjang.

    "Persoalannya sekarang ialah sejauh mana usaha yang telah anda lakukan agar ia seiring dengan harapan yang anda inginkan? Adakah ianya berbaloi? Adakah ianya jelas menguntungkan? Jika ianya jelas, apakah perasaan yang bakal dihadapi oleh pihak sebaliknya? Adakah ia sesuatu yang baik atau sebaliknya? Bagi Kid, jika usaha dan niat kita baik untuk melakukan sesuatu perkara, maka Allah S.W.T akan permudahkan perjalanan kita semua."

    Banyak peluang muncul. Tapi adakah ia membawa saya setapak ke hadapan atau setapak ke belakang. Saya pun tak tahu. Hmm, nanti nak tanya Allah, mesti dapat jawapan. :)

    ^_^B

    ReplyDelete
  4. Zikr: Terima kasih. Semoga kita berdua dapat kecapi kejayaan bersama. :)

    ReplyDelete
  5. Glory Becky: Perkongsian Cik Puan begitu menaikkan semangat saya untuk terus berjuang dari segi pelbagai aspek kehidupan. Terima kasih! :)

    ReplyDelete