Thursday, January 14, 2010

Dying is just a common feeling..and we love it..trust Kid

Wah..mesti korang terkejut dan ingatkan Kid nak tulis entri ni dalam Bahasa Inggeris kan? Haha..x dapek la sebab Kid masih lagi rasa janggal untuk speaking dalam blog ini memandangkan penyampaian Kid lebih berkesan melalui penulisan bahasa ibunda kita. Setiap tajuk yang Kid letakkan dalam setiap entri mempunyai sebab-sebab yang tertentu, termasuklah entri ini.

Dying, atau lebih sinonim dengan perkataan "merana" dalam Bahasa Melayunya. Ia merupakan satu perasaan manusia apabila menghadapi sebarang masalah dalam situasi yang berbeza. Kid yakin korang mesti pelik dengan ayat Kid, "and we love it.." kan? Dalam entri kali ini Kid akan cuba yang terbaik untuk menjelaskan mengapa Kid berkata demikian. Harap korang semua dapat terima setiap perkongsian Kid ini. Kalau takleh terima, sila luahkan pendapat anda di ruangan komen atau tekan sahaja ikon "X" pada bahagian atas belah kanan windows korang. :)

Mengapa Kid kata kita suka dan menikmati perasaan merana? Mudah saja, alasannya ialah kerana kita sentiasa fokus pada masalah yang dihadapi. Oh, kalau nak bercerita pasal kes-kes Kid yang merana, dah tentu korang xkan larat nak baca punya. Biasalah, masalah lebih senang dicerita daripada solusi. Tak percaya? Kid cabar korang untuk senaraikan masalah yang dihadapi, lepas itu cuba listkan pula masalah yang telah anda selesai dan cuba lihat sendiri perbezaan yang ketara.

Kalau hendak diikutkan, hari ini Kid sendiri merana kerana kena siapkan beberapa kerja dalam jangka masa yang singkat (Last minute man la katakan..Haha). Tapi hakikat yang anda perlu tahu, kita sendiri pilih untuk merana. Aik? Asal Kid cakap camtu pulakkan? Cuba kita fikirkan sejenak dalam situasi Kid. Kid sebenarnya boleh memilih sama ada untuk menyiapkan kerja tersebut dengan segera atau melengah-lengahkannya. Betul atau tidak?

Kesimpulannya,. kita mempunyai hak untuk menentukan dan melaksanakan sesuatu. Bayangkan jika anda sentiasa fikir yang anda sedang merana. Apakah tindakan yang boleh anda lakukan? NOTHING! Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah menerima diri anda yang seadanya pada hari ini dan terus berjuang untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Kid bukanlah pakar motivasi dan sebagainya, tapi Kid tahu setiap pengalaman yang Kid lalui wajar dikongsikan bersama korang semua agar kita sama-sama dapat mempelajari baik buruk dalam setiap perkara yang diceritakan.

Semoga kita sama-sama mengejar kejayaan. Jangan korang lupa, Kid sentiasa ada bersama korang untuk membantu dan menyokong sehingga korang berjaya! Chaiyyok! :)

2 comments: